Siakap Keli
solat air liur basi
Kredit: Somnifix

Kalau Solat Tapi Masih Ada Air Liur Basi, Sah Ke?

Kalau Solat Tapi Masih Ada Air Liur Basi, Sah Ke?

Apabila bangun dari tidur untuk mendirikan solat semestinya kita sebagai umat Islam akan membersihkan diri terlebih dahulu untuk mengambil wuduk dan menyedarkan diri daripada terasa mamai.

Pun begitu, pembersihan itu juga bergantung pada waktu. Sekiranya pada waktu pagi, kemungkinan ramai yang akan membasuh muka sahaja berbanding membersihkan diri dengan mandi.

Tanpa sedar, dengan hanya membasuh muka kita terlupa bahawa diri perlulah bersih daripada segala najis untuk melaksanakan ibadah solat.

Akan tetapi, sebenarnya air liur basi ini termasuk dalam kategori najis atau tidak? Adakah sah dibawa solat?

Untuk menjawab persoalan itu, mari kita ikuti pandangan daripada  kepada mantan Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri Agama, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Al-Bakri.

Soalan:

Adakah air liur basi ini tergolong dalam kategori najis ke ustaz? Jika kita solat subuh, kita tidak mandi tetapi kita bersihkan diri berus gigi, basuh muka, mengambil wuduk dan terus solat. Adakah sah solat kita ustaz?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.”

Surah Al-Maidah (6)

Berbalik kepada soalan di atas, kami nyatakan hukum bagi air liur ada dua. Sekiranya air liur tersebut dari mulut maka hukumnya suci. Manakala, jika ia keluar dari perut maka hukumnya adalah najis. Justeru itu, sebaiknya jika terdapat air liur basi, maka basuhlah bagi mengelakkan was-was.

Perbahasan berkenaan air liur basi dan najis boleh juga di link bawah:

#36 Status Air Liur Basi[1]

#849 Menyentuh Najis Membatalkan Wuduk[2]

Oleh itu, kami nyatakan solat saudara sah kerana sebelum solat juga saudara telah membersihkan diri seperti menggosok gigi, berwuduk dan sebagainya.

Kami tegaskan di sini bahawa air liur basi semata-mata tidaklah najis dan membatalkan wuduk. Begitu juga, solat saudara insyaAllah sah dan diterima oleh Allah SWT. Amin.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama, serta kegigihan, kesungguhan dan kesabaran dalam menekuni ilmu, seterusnya menyebarkannya kepada segenap lapisan masyarakat.  Ameen.

Sumber: Maktabah al-Bakri

BACA: Boleh Ke Buat Ibadah Korban Untuk Ahli Keluarga Yang Sudah Meninggal? Ini Jawapan Dr. Zul

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.