Siakap Keli
KFC K-Cheese Crunch
Gambar: KFC

KFC K-Cheese Crunch, Sensasi Hit ‘K’ Terbaharu Yang Menggetarkan

KFC K-Cheese Crunch, Sensasi Hit ‘K’ Terbaharu Yang Menggetarkan

Makanan Korea kini menjadi makanan kegemaran di seluruh dunia, tidak hanya di Malaysia.

Dari makanan jalanan seperti bibimbap dan tteokbokki hingga hidangan utama seperti samgyeopsal dan bulgogi, kepelbagaian dan kelazatan masakan Korea memikat hati penikmat makanan di seluruh dunia. 

Malah, ramai yang mula menggubah makanan sendiri berinspirasikan hidangan negara itu dek kerana pengaruh gerakan Hallyu yang meluas.

Tidak terkecuali, restoran-restoran besar terkenal di dunia seperti KFC juga turut memperkenalkan menu Korea tersendiri. 

Menu Korea edisi terhad dari KFC

Terbaru, KFC turut terinspirasi untuk menampilkan menu eksklusif KFC, K-Cheese Crunch. Huruf  ’K’ dalam KFC kini membawa makna kontemporari, untuk masa yang terhad.

Hanya 3 kata! Pedas, cheesy dan rangup, K-Cheese Crunch akan membuatkan korang menjerit.  Dihidangkan bersama dengan sos Korea pedas yang diperbuat daripada cili Korea, pes bijan dan pes kacang soya antara yang lain, pasti membuatkan anda lebih terliur.

Setiap gigitan menggoda selera luar biasa!

Apa yang membuat K-Cheese Crunch istimewa adalah gabungan sos pedas Korea yang digunakan.  Rasa dan aroma yang pasti akan memikat selera dan menjanjikan K-lazatan yang benar-benar memuaskan pengalaman menjamu selera.

Ayam goreng ini kemudian disempurnakan bersama sos KFC Jalapeno Cheese, menambah lagi cita rasa. Setiap gigitan akan memukau lidah dengan kelazatan yang luar biasa!

Nak lagi best kalau korang lepak bersama chingus (kawan-kawan dalam bahasa Korea) anda dan layan beramai-ramai di KFC berhampiran.

Ada 3 jenis kombo yang confirm ‘onz’!

Menu menarik ini tersedia dalam tiga set yang berbeza iaitu, Kombo 2 ketul, Kombo 3 ketul dan Box Meal yang sesuai untuk mengisi perut dan cita rasa anda.

Bagi Kombo 2 ketul, terdiri daripada 2 ketul K-Cheese Crunch, 1 Coleslaw (4oz), 1 Whipped Potato (4oz), 1 Minuman Berkarbonat (M).

Manakala bagi set Kombo 3 ketul, terdiri daripada 3 ketul ayam K-Cheese Crunch, 1 Coleslaw (4oz), 1 Whipped Potato (4oz), 1 Minuman Berkarbonat (M).

Box Meal pula mempunyai 1 ketul K-Cheese Crunch, 1 Zinger Burger, 1 Crispy Fries (M), 1 Coleslaw (4oz) dan 1 Minuman Berkarbonat. 

Macam mana nak order?

Haa, caranya mudah sahaja, anda boleh pesan K-Cheese Crunch anda hari ini sama ada melalui Imbas dan pesan Scan (KFC outlets) atau pesan di KFC App Order (untuk delivery) atau Pesan dan Ambil Sendiri (Self-Collect) di cawangan mana-mana KFC. 

Para pecinta makanan pedas mesti wajib mencuba K-Cheese Crunch ini. Dijamin sehingga menjilat jari seperti slogannya “It’s Fingers Lickin’ Good”.

Mesti tak sabar kan nak layankan KFC K-Cheese Crunch sambil layan K-Drama. Jadi apa tunggu lagi, jom cuba KFC K-Cheese Crunch dimana-mana cawangan KFC atau order secara atas talian. 

Untuk info lanjut, layari https://kfc.com.my/

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.