Siakap Keli
Gambar: TikTok @kinihalal

Tak Perlu Lagi Risau, Guna Aplikasi Ni Untuk Semak Status Halal Makanan & Minuman Jika Di Luar Negara

Tak Perlu Lagi Risau, Guna Aplikasi Ni Untuk Semak Status Halal Makanan & Minuman Jika Di Luar Negara

Pemillihan makanan merupakan satu aspek yang penting bagi sesetengah orang lebih-lebih lagi ia melibatkan logo halal.

Sebagai umat Islam, perkara ini sangat dititikberatkan agar tidak memakan makanan yang mengandungi unsur meragukan seperti khinzir.

Di Malaysia, JAKIM atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bertanggungjawab dalam memastikan makanan atau produk-produk serta perkhidmatan mendapat kelulusan.

Logo ‘Halal’ merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh agensi ini dalam membantu orang ramai mengenal sesuatu produk itu mematuhi syariat Islam.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda merancang ke luar negara, logo halal pada makanan dan minuman pastinya berbeza daripada Malaysia, yakni tiada logo dari JAKIM.

Jadi, bagaimana langkah yang boleh dilakukan oleh individu beragama Islam dalam menyemak status makanan di luar negara sama ada halal ataupun tidak mengikut ketetapan institusi agama di situ?

Sebenarnya, mudah sahaja, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memuat turun aplikasi ‘Verify Halal’.

Aplikasi Verify Halal, Semak Status Makanan & Minuman

Menerusi perkongsian video @kinihalal di TikTok, mendedahkan aplikasi tersebut dapat menyemak status halal sesuatu produk dengan mengimbas ‘barcode’.

Aplikasi ini boleh digunakan sekiranya sebahagian produk tidak dapat dipastikan status halalnya.

Contohnya, seperti dalam klip tersebut, satu minuman berkarbonat telah diimbas pada bahagian barcode dengan menggunakan aplikasi tersebut.

aplikasi semak makanan halal
Gambar: TikTok @kinihalal

Secara automatik, status minuman itu dipaparkan pada skrin telefon pintar anda. Mudah je kan?

Antara kriteria yang dipaparkan termasuklah tarikh aktif sijil halal.

Gambar: TikTok @kinihalal

Di samping itu, aplikasi ini juga dapat pelbagai produk makanan, kosmetik dan ubat-ubatan.  Bahkan ia juga dapat membantu sesiapa sahaja untuk mencari restoran makanan halal dalam lingkungan 20 kilometer.

BACA JUGA: Cara Mudah Kesan Tanah Lot Guna Aplikasi MyLot

Aplikasi Verify Halal ini juga menyenaraikan lokasi rumah penyembelihan, logistik, produk di setiap negara atau pengiktirafan daripada sesebuah agensi.

Gambar: TikTok @kinihalal

Cara Pilih Makanan Luar Negara

Sekiranya anda berkunjung ke luar negara, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah memilih negara yang dilawati.

Kemudian aplikasi tersebut akan memaparkan senarai label atau logo yang boleh digunakan oleh individu beragama Islam.

Manfaat yang disediakan oleh aplikasi ini sememangnya tidak boleh disangkal. Ia secara tidak langsung dapat memudahkan urusan golongan beragama Islam untuk membeli dan mencari makanan.

aplikasi semak makanan halal
Gambar: TikTok @kinihalal

Semoga bermanfaat.

@kinihalal

Tak perlu logo halal JAKIM kalau di luar negara? #fypmalaysia #fyp

♬ original sound – @Kinihalal – @Kinihalal

Sumber: TikTok @kinihalal

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.