Siakap Keli
Gambar: Facebook Shahnaz Hj Yusof

Dari 135kg Ke 97kg, Abang Ni Hilang Berat 38kg Dalam 10 Bulan Selepas Amal Diet Sihat Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dari 135kg Ke 97kg, Abang Ni Hilang Berat 38kg Dalam 10 Bulan Selepas Amal Diet Sihat Ini

Bentuk badan yang langsing dan ideal merupakan impian bagi setiap lelaki dan wanita. Ia memberikan daya tarikan dan keanggunan yang tersendiri.

Bukan sahaja itu, tubuh badan yang jauh lebih rendah dan ideal dapat menngelakkan daripada pelbagai penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing  manis, penyakit jantung dan sebagainya,

Walau bagaimanapun, Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Sudah tentunya setiap kaum dan bangsa mempunyai pelbagai makanan tradisi.

Perkara ini sedikit sebanyak akan membantutkan pengambilan makanan. Apatah lagi, negara berbilang kaum ini terkenal dengan ‘syurga makanan’.

Bukan sahaja itu, setiap kali menjelang musim perayaan. Kita disajikan dengan pelbagai makanan yang cukup mengiurkan seperti mi bandung, mi kuah, mi kari, nasi minyak, nasi tomato, kuih-muih dan pelbagai manisan.

Tanpa kita sedar pengambilan makanan secara berlebihan boleh mengundang kepada berat badan naik.

Sedangkan untuk mendapatkan bentuk badan idaman bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan yang tinggi dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan tekad.

Dalam perkongsian Shahnaz Hj Yusof di Facebook Diet Suku Suku Separuh mendedahkan hasil diet yang diamalkannya sepanjang 10 bulan, dimana berat badannya turun dari 135 kilogram (kg) kepada 97 kg.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsiannya di bawah. Semoga bermanfaat.

Lelaki Kongsi Rahsia Berjaya hilang 38kg Berat Badan Selama 10 Bulan

 Hilang Berat 38kg
Gambar: Facebook Shahnaz Hj Yusof

Alhamdulillah. Hasil 10 bulan join and follow sharing dari group ni. Dulu 135kg sekarang 97kg. Tinggi 170cm. Usaha masih diteruskan.

BACA JUGA: “Kira Calories Intake,” Lelaki Kongsi Rahsia Diet Berjaya Turun 43 Kilogram

Apa yang saya amalkan.

Set minda

Nak kurus sebab apa? Saya nak kurus sebab saya nak sihat. Ketika berat saya 130kg saya mengalami masalah penafasan yang teruk terutama waktu tidur.

Puasa sunat bagi yang muslim atau interminttent fasting. Kawal saiz hidangan atau amalkan suku-suku separuh dalam pemakanan. Pastikan badan mendapat kalori yang cukup. Perbanyakkan pengambilan buah dan sayur. Elakkan gula dan makanan yang diproses. Perbanyakkan minum air putih. Tidur yang cukup. Kurangkan stress. Senaman 2  atau 3 kali seminggu.

Tambahan, saya tidak mengambil apa-apa pil atau supplement untuk kuruskan badan.

Semoga bermanfaat untuk anda. Paling penting, turunkan berat badan secara sihat okay.

Sumber: Shahnaz Hj Yusof via Facebook Kumpulan Diet Suku-Suku Separuh

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.