MCMC Gesa Pengguna Buang Aplikasi ‘Pink Whatsapp’ Dengan Segera
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebentar tadi mengeluarkan satu amaran yang menggesa orang ramai berhati-hati dengan aplikasi hasad, Whatsapp Pink.
Menurut SKMM, orang ramai diingatkan berwaspada ketika menerima atau menyertai atau memuat turun aplikasi tersebut.
SKMM turut menjelaskan bahawa aplikasi berkenaan dikatakan kononnya menawarkan ciri keselamatan serta privasi yang lebih baik.
Selain itu, aplikasi tersebut turut didakwa memiliki beberapa fitur seperti mengubahsuai antaramuka dan berupaya untuk menghantar fail lebih besar berbanding Whatsapp asli.
Walau bgaimanapun, selepas pemasangan aplikasi berkenaan, ia mampu mengakses pelbagai item dalam telefon pintar pengguna.
Item tersebut berbentuk seperti gambar, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan senarai kenalan, yang boleh mendedahkan pengguna kepada risiko yang lebih serius.
‘Pink Whatsapp’ sangat mencurigakan
BACA: Bukan Saja-saja, Tak Sangka Rupanya Ini Maksud & Fungsi Titik Merah & Kuning Pada Tayar
Difahamkan, para pengguna akan menerima mesej dan pautan seolah-olah datang daripada pihak WhatsApp sebenar yang mengajak pengguna untuk mencuba aplikasi berkenaan.
Justeru, MCMC menasihatkan pengguna untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi “Pink WhatsApp” tersebut, dan segera membuang aplikasi berkenaan.
Pada masa yang sama, pihak berkenaan mengesyorkan agar orang ramai hanya memuat turun aplikasi mudah alih daripada gedung aplikasi rasmi sahaja.
Terdapat beberapa gedung aplikasi rasmi yang sangat dipercayai seperti Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
Pengguna juga turut digesa agar tidak menyebarkan sebarang pautan yang mencurigakan dan tidak sahih.
“MCMC ingin menekankan kepentingan untuk berhati-hati ketika menggunakan aplikasi mudah alih, mengambil langkah-langkah pencegahan untuk melindungi maklumat peribadi, serta mengelak daripada memuat turun aplikasi hasad.”
Pada akhir kenyataan, SKMM memberikan saranan kepada pengguna untuk terus berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan dengan “Pink WhatsApp”.
Jika anda memiliki sebarang maklumat berkaitan, aduan boleh dibuat menerusi portal aduan MCMC ataupun menghubungi talian hotline aduan di 1800-188-030.
BACA: Jika Lampu Minyak Mula Berkelip, Berapa KM Lagi Kereta Boleh Jalan? Ini Jawapannya
Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) via Facebook