Siakap Keli
zipline tersangkut abang
Gambar: TikTok @ wahi_radzi

Cemas, Tengah Layan Zipline Tiba-tiba Tersangkut, “Tengah-tengah Alam Ni, Tinggi Mat”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Cemas, Tengah Layan Zipline Tiba-tiba Tersangkut, “Tengah-tengah Alam Ni, Tinggi Mat”

Sukan lasak atau sukan outdoor, pastinya menjadi pilihan mereka yang inginkan aktiviti yang boleh menguji keberanian. Antara sukan lasak yang sering dipertontonkan kepada umum adalah seperti mendaki bukit (hiking), water rafting, ropeswing dan termasuklah zipline.

Di Malaysia, sukan ini semakin popular dan mendapat tempat di hati masyarakat tempatan. Sukan ekstrem ini bukan sahaja dapat menguji keberanian anda, namun ia menjadi satu terapi buat mereka untuk menghillangkan stress dan masalah.

Tambahan lagi, aktiviti ini dilakukan di kawasan yang dipenuhi warna kehijauan (hutan). Dalam masa yang sama, orang ramai dapat mempelajari dan menghargai alam sekitar.

Walau bagaimanapun, tidak semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar seperti berisiko mengalami kecederaan dan sebagainya.

Cemas Zipline Tersangkut Di KKB, Abang Ni Rilek Je Tunggu “Towing” Udara Sampai

Baru-baru ini dalam satu rakaman yang dimuat naik oleh @wahi_radzi tular di platform TikTok.

Dalam klip berdurasi 4 minit 14 saat itu memaparkan dia lengkap memakai topi keselamatan, kaca mata dan bersama kamera bersiap sedia menaiki permainan yang dipanggil zipline. Difahamkan, sukan lasak itu terletak di Kuala Kubu Bharu.

Pada awalnya, lelaki itu teruja menaiki zipline yang meluncur merentasi hutan di lokasi berkenaan.

Gambar: TikTok @ wahi_radzi

Namun, keadaan bertukar sebaliknya apabila tali yang membawa dirinya semakim perlahan sebelum berhenti bergerak. Perkara itu menyebabkan dirinya ‘tersadai’ di tengah-tengah zipline berkenaan untuk seketika.

BACA JUGA: Lari Arah Berlawanan & Menang, Pelari Cilik Pandai ‘Perdaya’ Lawan Buat Ramai Terhibur

“Tersangkut bai gua..gua tersangkut doh di tengah-tengah alam ni.

“Tersangkut.. tersangkut..tinggi mat,” ujarnya dalam klip tersebut.

Meskipun tersangkut pada tali gantung itu, reaksi lelaki itu masih kelihatan tenang.

Gambar: TikTok @ wahi_radzi

Towing Di Udara 

Tidak lama selepas itu, seorang lelaki (dipercayai pekerja yang menguruskan zipline) datang untuk membantunya yang tersangkut.

Dalam klip tersebut, pembantu lelaki seperti membawa gegelung yang dilekatkan pada tali yang dipakainya untuk menarik turun ke penghujung zipline.

“Ditunda..ditunda.. saya ditunda,” katanya lagi.

Gambar: TikTok @ wahi_radzi

Insiden itu tidak mengambil masa yang lama sebelum dia berjaya kembali dengan selamat.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji sikapnya yang masih tenang walaupun berdepan dengan kesulitan.

Sehingga artikel ini ditulis, video ini telah mendapat lebih 100,000 tontotan, lebih 6,000 komen dan lebih 900 komen di platform berkenaan.

@wahi_radzi

Taknak main dah 🤣 #extreme #zipline #malampagi #shuffle #hardstyle

♬ original sound – WR – WR

Sumber: TikTok @wahi_radzi

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.