Siakap Keli
jasad julian sands
Kredit: AFP

Jasad Manusia Ditemukan Di Gunung AS Disahkan Pelakon Julian Sands

Jasad Manusia Ditemukan Di Gunung AS Disahkan Pelakon Julian Sands

LONDON, 28 Jun (Bernama-dpa)Jasad manusia yang ditemukan di pergunungan San Gabriel di selatan California disahkan milik pelakon Britain Julian Sands, kata Jabatan Syerif Daerah San Bernardino kepada Agensi Berita Jerman (dpa).

Sands, 65, dilaporkan hilang lebih lima bulan lalu selepas tidak pulang dari pendakian di kawasan Gunung Baldy pada 13 Jan.

Jasad pelakon itu ditemukan di kawasan sama pada Sabtu oleh pendaki awam, dengan koroner kemudian mengesahkannya adalah Sands.

“Proses pengecaman mayat ditemukan di Gunung Baldy pada 24 Jun telah selesai dan dikenal pasti secara positif sebagai Julian Sands, 65 tahun dari Hollywood Utara,” kata jabatan itu.

Pelakon itu terkenal dengan wataknya dalam filem A Room With A View, Leaving Las Vegas dan Warlock serta penampilannya dalam siri televisyen 24, Smallville dan Banshee.

“Kami amat berterima kasih kepada pasukan pencari dan penyelaras yang berusaha tanpa jemu untuk mencari Julian,” menurut kenyataan keluarga, yang dikeluarkan pada Rabu oleh jabatan sheriff.

Dalam tempoh lima bulan, usaha pencarian Sands terhalang akibat cuaca buruk dan dihentikan pada Mac kerana risiko runtuhan salji.

Lapan misi mencari melalui darat dan udara telah dilakukan termasuk usaha mencari oleh sukarelawan selama lebih 500 jam.

Sands menetap di Los Angeles sejak 2020. Dia dikenali kerana gemar akan aktiviti luar termasuk mendaki dan dianggap rakannya sebagai pendaki gunung yang berpengalaman dan cekap.

Sumber: BERNAMA

BACA: Pasukan SAR Terkejut, Jasad Budak Hilang Mati Lemas Dihantar Buaya Dalam Keadaan Tak Terusik

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.