Siakap Keli
presiden potong rumput
Gambar: RT

Penat Tunggu Pihak Berwajib Jalankan Tugas, Presiden Srpska Nekad Turun Padang Potong Rumput Sendiri

Penat Tunggu Pihak Berwajib Jalankan Tugas, Presiden Srpska Nekad Turun Padang Potong Rumput Sendiri

Presiden Republik Srpska, Milorad Dodik nekad memotong rumput dan mengindahkan landskap di tepi jalan di ibu kota wilayah Banja Luka, kawasan yang ditadbir parti pembangkang pada Khamis gara-gara penat menunggu pihak berwajib menjalankan tugas mereka.

“Saya sudah pun merayu kepada pegawai yang berkaitan untuk memastikan kawasan ini kemas, bersih dan berlandskap.

“Memandangkan saya percaya mereka sedang bahagia bercuti, saya memutuskan untuk memotongnya sendiri. Ini kali terakhir saya akan menjalankan tugas mereka,” tulis Dodik di Twitter pada petang Khamis.

Video berdurasi seminit yang dirakam oleh salah seorang pembantunya menunjukkan pemimpin Serb Bosnia itu berpakaian kemas, menggunakan sabit untuk membersihkan kawasan tepi jalan daripada rumput tinggi yang mampu menimbulkan bahaya kepada pengguna jalan raya dengan menghalang penglihatan.

Semasa Dodik menghayun sabit tersebut, pemandu dapat dilihat memperlahankanm membunyikan hon sebagai tanda penghargaan, malah ada yang turut berhenti untuk melihat presiden melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kawasan itu.

Bekas pemain bola keranjang berusia 64 tahun itu melakukan kerja tersebut dengan agak cepat. Sesudah menyelesaikannya, beliau sempat menulis “kerja telah selesai” di Twitter kira-kira sejam kemudian.

Difahamkan, kerja-kerja penyelenggaraan tersebut adalah di bawah pihak berkuasa tempatan Banja Luka, yang diketuai oleh Datuk Bandarnya bernama Drasko Stanivukovic dari Parti Kemajuan Demokratik.

Dodik pula adalah pengerusi Kesatuan Sosial-Demokrat Bebas, yang menguasai majoriti dalam parlimen Srpska.

Dodik kini dalam penggal ketiganya sebagai Presiden Republika Srpska, sebahagian daripada Serbia Bosnia-Herzegovina.

Perjanjian Dayton yang diuruskan oleh AS menamatkan perang saudara pada 1996 dengan membahagikan negara antara Srpska dan Persekutuan, yang diterajui oleh orang Islam Bosnia (Bosniaks) dan Croat.

Antara 2018 dan 2022, Dodik telah menjadi wakil Serbia dalam tiga anggota Presiden negara itu.

Sumber: RT

Aqmal Ezany

I write what is right