Siakap Keli
tuduhan shuib
Kredit: @shuibsepahtu/Instagram

Tuduhan Fitnah: Shuib Berlapang Dada Maafkan Pelaku

Pelawak dan penyampai radio, Shuib berlapang dada memaafkan seorang individu yang dikatakan telah membuat tuduhan fitnah ke atas dirinya mengenai kematian arwah Siti Sarah.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, bertindak sedemikian di hadapan individu itu sendiri dalam satu sesi perjumpaan secara bersemuka hari ini.

“Saya maafkan awak, saya doakan awak dan harap isu ini tidak mengganggu kerjaya dan keluarga awak.

“Awak berani angkat telefon, berani datang hari ini, kira awak gentle lah,” ujarnya.

Kedua-dua mereka akhirnya dilihat saling bersalaman sesama sendiri menandakan konflik yang tercetus dipercayai akan berakhir menuju jalan damai.

Sementara itu di Facebook, Shuib turut berpesan agar orang ramai mengambil pengajaran tentang apa yang berlaku ketika ini.

“Bukan untuk mengaibkan sesiapa. Tapi, demi maruah saya, keluarga dan arwah Siti Sarah.

“Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. Semoga kita lebih berhati-hati dengan apa yang kita tulis dan kongsikan.

“Saya mohon ampun dan maaf. Terima kasih semua,” katanya dalam hantaran itu.

BACA: “Nama Dah La Panjang”, Shuib Akui Berdebar Nak Sebut Nama Penuh Watie

Kredit: Sinar Harian

Sebelum itu, lelaki tersebut dikatakan membuat kenyataan berbaur fitnah ke atas dirinya mengenai kematian arwah Siti Sarah.

Merujuk laporan Sinar Harian, individu itu mendakwa Shuib seorang ahli gerakan Freemason dan kematian Siti Sarah didakwa berpunca akibat dipaksa untuk ditidurkan.

Jelas Shuib, konflik tercetus apabila individu itu mengaitkan tohmahan serta fitnah tersebut dengan arwah Siti Sarah.

“Apabila orang tuduh saya sebagai ahli Freemason, saya rasa b***h sangat (kenyataan itu) dan tuduhan yang tidak berasas. Jadi pada awalnya saya abaikan sahaja.

“Apa yang menjadi penyebab saya bersuara bila mereka libatkan nama arwah Siti Sarah. Tuduhan ini melampau! Tentulah saya marah, sebab orang yang saya sayang tak ada dan nampak macam saya yang membunuh isteri saya.

“Saya tahu perjalanan isteri saya sebelum masuk hospital sampailah saya lihat dia dalam beg plastik mayat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media di Bubble Bee Bandar Sri Permaisuri pada Selasa.

Mahu saman seorang lagi pelaku fitnah

Dalam pada itu, usahawan tersebut juga dilapor mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lagi individu yang bersikap biadab dengan fitnah yang melampau.

Bapa kepada empat orang cahaya mata itu berkata beliau sudah mengetahui latar belakang lelaki tersebut dan peguamnya akan menghantar surat kepada lelaki terbabit.

“Saya sudah minta peguam saya untuk hantar satu surat kepadanya, rasanya dia pun dah terima surat itu.

Dalam mesej yang dihantar, dia ada cakap nak jumpa saya, tetapi saya rasa nak jumpa dia di mahkamah sahaja,” ujarnya.

Jelasnya, beliau mahu tindakan undang-undang diambil supaya ia dapat memberi pengajaran kepada orang ramai selain berharap perkara ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.

Sumber: Sinar Harian / Facebook Shuib Sepahtu

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana