Ikut Masa Yang Ditetapkan, Lelaki Ajar Cara Nak Dapatkan Kuning Telur Cair Bak Restoran Mewah
Telur merupakan antara sumber makanan dan protein yang murah serta mudah untuk didapatkan di mana-mana kedai mahupun pasar raya.
Ramai yang mengambil telur sebagai pengganti utama sumber protein terutamanya bagi mereka yang mengamalkan diet pemakanan.
Pemilihan itu dibuat berikutan harga yang lebih murah dan mengandungi protein yang tinggi daripada sumber makanan yang lain.
Telur bukan sahaja digemari oleh orang dewasa, malah ia juga digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat dan umur.
Selain itu, telur yang boleh dimasak dalam pelbagai jenis menu masakan bagi seisi keluarga turut menjadi sebab utama kenapa ia sering menjadi pilihan kaum ibu.
Makan telur rebus dengan kicap sudah boleh menjadi pembuka selera bagi ramai orang yang menggemarinya.
Namun begitu, dalam mendapatkan telur rebus yang elok dimasak dan tidak pecah merupakan satu perkara yang tidak mudah.
Justeru, perkongsian pada hari ini akan berkongsikan tips dan teknik merebus telur kuning cair mengikut masa yang ditetapkan.
Perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna di TikTok miliknya telah berkongsikan tips tersebut.

Rebus telur ikut masa yang ditetapkan
Menurut lelaki itu, perkara paling penting ketika melakukan proses ini adalah mengikut masa yang ditetapkan.
Menurutnya, proses untuk mendapatkan telur rebus yang sesuai dengan selera adalah berdasarkan masa yang ditetapkan.
Perkongsian itu turut membandingkan kejadian telur rebus setiap peringkat tempoh masakan iaitu selama tiga, lima, tujuh , sembilan dan 11 minit.

Tambahnya, pastikan anda mengikut tempoh yang ditetapkan dan jika boleh set kan masa menggunakan telefon atau jam yang anda ada.
Berdasarkan perkongsian lelaki tersebut, dia menggunakan laptopnya untuk set kan masa bagi proses merebus telur berkenaan.
Perkara yang penting bagi ini ialah, setiap kali merebus telur tadi, pastikan rendam di dalam air yang berisi ais. Kaedah ini bagi menghentikan proses masakan telur berkenaan.
Di akhir video perkongsian tersebut, lelaki itu menunjukkan perbandingan telur di setiap tempoh masa rebusan dilakukan.

Bagi mendapatkan telur rebus kuning cair, tempoh masakan yang boleh dibuat adalah selama lima minit. Bagi mendapatkan telur rebus yang mempunyai kuning yang elok dimasak adalah selama 11 minit.
Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu pembaca untuk memudahkan dan mendapatkan telur rebus seperti yang diinginkan mengikut selera masing-masing.
@awangdapur Replying to @Golfsimulatormalaysia telur rebus perfect done #awangdapur #resepi #tipsmasak #resepimudah #tipsdapur
Sumber: TikTok @awangdapur