Siakap Keli
instagram threads twitter
Kredit: The Verge

Meta Lancar “App” Baru, Instagram Threads, Serupa Twitter Pada 6 Julai Ini

Meta Lancar “App” Baru, Instagram Threads, Serupa Twitter Pada 6 Julai Ini

Pesaing Twitter terbaru iaitu Instagram Threads dijangka akan dilancarkan pada 6 Julai ini, menurut kenyataan perisian App Store, lapor The Verge.

Berdasarkan huraian ringkas yang ditulis oleh App Store, Threads merupakan tempat perbualan berasaskan teks di Instagram.

“Thread ialah tempat komuniti berkumpul untuk membincangkan segala topik yang diminati termasuk topik trending keesokannya.

“Walau apa pun minat pengguna, mereka boleh mengikuti dan berhubung terus dengan pencipta kandungan kegemaran bersama orang yang menyukai perkara itu.

“Ia juga termasuk membina nama sendiri dengan pengikut setia untuk berkongsi idea, pendapat dan kreativiti dengan dunia,” kata huraian itu.

Difahamkan, pengguna juga boleh mencari akaun yang diikuti di Instagram pada aplikasi baru itu dan membuat hantaran teks dalam interface yang serupa dengan Twitter, Mastodon, Bluesky atau mana-mana aplikasi yang tertumpu pada teks.

Dalam pada itu, Meta juga mengatakan bahawa Instagram Threads akan disepadukan dengan protokol media sosial yang dikawal oleh beberapa pihak yang digunakan Mastodon, iaitu ActivityPub.

Walaupun aplikasi itu akan dilancarkan dua hari lagi, namun ia tidak menjamin pengguna boleh terus menggunakan Threads dengan membuat penghantaran teks.

Kemungkinan Meta akan melakukan beberapa jenis pelancaran perlahan untuk aplikasi itu kerana mahu melihat kesesuaian apabila ia digunakan.

BACA: Jangan Muat Turun Aplikasi Hasad “Whatsapp Pink” – SKMM

Twitter hadkan bilangan ‘tweets’ boleh dibaca dalam sehari 

Sebelum ini, media melaporkan Elon Musk mengumumkan bahawa Twitter mengehadkan jumlah ciapan yang boleh dibaca dalam sehari.

Keputusan itu dibuat untuk sementara waktu, susulan beribu-ribu pengguna menghadapi masalah untuk mengakses laman sesawang itu.

Musk mengumumkan pada Sabtu bahawa akaun yang disahkan telah dihadkan untuk membaca hanya 6,000 hantaran sehari.

Akaun yang tidak disahkan hanya boleh membaca 600 hantaran sehari.

Manakala akaun baharu yang belum disahkan terhad kepada hanya 300 hantaran, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX itu berkata Twitter telah melaksanakan tindakan itu untuk mengatasi tahap ‘data scraping’ dan manipulasi sistem yang melampau”.

Sumber: The Verge

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.