Padah Guna Gigitan Semut Untuk Besarkan Zakar, Lelaki Tanggung Derita Zakar Membengkak
Zakar seorang lelaki di Thailand dilaporkan membengkak gara-gara bereksperimen menggunakan kaedah gigitan semut untuk membesarkan zakarnya, lapor The Thaiger.
Video eksperimen yang tular di media sosial Thai itu menunjukkan lelaki tersebut memasukkan kemaluannya ke sarang semut berkenaan.
Video itu juga menunjukkan kemaluan lelaki tersebut akhirnya dipenuhi dengan berpuluh-puluh semut yang bertindak menggigit anggota sulit lelaki berkenaan.
Lelaki itu kemudiannya dilihat bergelut cuba untuk menyingkirkan semut-semut tersebut dari kemaluannya sambil membilasnya dengan air.
Kedua-dua video itu dibisukan dan wajah lelaki berkenaan turut tidak kelihatan. Namun zakarnya yang digigit semut boleh dilihat dengan jelas dan menunjukkan pembekakan yang teruk.
Sementara itu, penyebaran video berkenaan turut mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial Thailand.
Didakwa sebagai satu cara untuk membesarkan kemaluan
Netizen Thailand mengulas bahawa lelaki itu sengaja membiarkan dirinya digigit semut sebagai usaha untuk membesarkan kemaluannya.
Selain itu, beberapa netizen telah membuat spekulasi bahawa sengatan semut tersebut boleh memberikan sedikit kelegaan homoeopati atau penawar untuk disfungsi erektil.
Sementara itu, Sanook sempat bertanyakan kepada seorang doktor bernama Sorranai Onwan dari klinik kecantikan di wilayah utara Chiang Mai mengenai video tersebut.
Sorranai mendedahkan bahawa memang benar, apabila dirangsang otak boleh mencetuskan pembebasan bahan yang menyebabkan arteri dalam alat kelamin mengembang.
Ia seterusnya berpotensi memberikan kesan pembesaran kepada kemaluan tersebut.
Walau bagaimanapun, menggunakan gigitan semut sebagai cara rangsangan adalah salah dan tidak berkesan.
Sorranai menjelaskan bahawa disfungsi erektil adalah berbeza-beza. Ia memerlukan diagnosis yang betul untuk menentukan isu asas dan rawatan yang sesuai.
Punca disfungsi erektil adalah luas dan datang dari pelbagai masalah seperti keabnormalan saluran darah, sistem saraf, hormon dan juga minda.
Sorranai juga menjelaskan bahawa rawatan disfungsi erektil juga berbeza daripada kesan ubat, penggunaan alat vakum, terapi gelombang kejutan atau pembedahan.
Tambahnya, mendapatkan nasihat perubatan profesional adalah tindakan yang paling selamat sebelum melakukan proses tersebut.
Dalam pada itu, Sorranai turut memberi amaran bahawa gigitan semut boleh mengancam nyawa individu yang mempunyai alahan.
Di samping itu, gigitan semut juga boleh menyebabkan dermatitis atau jangkitan lanjut.
Sumber: The Thaiger