Selalu Rasa Nak Kencing Masa Berenang? Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu
Berenang merupakan satu sukan dan senaman yang sangat menyihatkan tubuh badan kerana menggunakan hampir seluruh anggota badan. Tidak hairan mengapa sukan ini menjadi pilihan orang ramai.
Walau bagaimanapun, jika anda menyedari bahawa sewaktu berendam di dalam air, kita lebih cenderung atau kerap untuk rasa ingin kencing daripada kebiasaan.
Pastinya timbul persoalan yang bermain di kepala anda berhubung perkara ini. Sebenarnya perkara ini diistilahkan sebagai diuresis rendaman.
Apa itu diuresis rendaman? Tanpa membuang masa, mari kita ikuti perkongsian di bawah.
Berenang Mudah Rasa Nak Kencing?

Menurut United State Master Swimming (USMS), secara purata, orang dewasa yang sihat biasanya kencing empat hingga enam kali sehari. Pengeluaran air kencing biasanya berkisar antara tiga cawan hingga tiga liter. Namun ia bergantung terhadap pelbagai faktor sepert kesan ubat-ubatan, minuman termasuk diueresis rendaman.
Diuresis tercetus apabila buah pinggang menapis lebih banyak cecair badan daripada yang sepatutnya. Secara tidak langsung ia akan mengakibatkan pengeluaran air kencing meningkat dan lebih kerap untuk ulang alik ke bilik air.
Sebagai contoh, jika anda minum banyak air, anda akan merasakan keperluan untuk membuang air kecil secara kerap.
Sebenarnya, jenis diuresis ini bertujuan untuk memastikan paras air badan anda seimbang.
Diuresis Rendaman

Peningkatan rasa kencing juga boleh tercetus sewaktu berendam di dalam air. Difahamkan proses ini berlaku akibat suhu atau tekanan air tersebut.
Suhu Air
Air yang jauh lebih sejuk daripada suhu badan boleh mencetuskan diuresis rendaman. Ini kerana apabila anda berenang dalam air sejuk, badan akan menyempitkan saluran darah terutamanya kapilari darah kecil dan saluran kecil lain di tangan dan kaki.
BACA JUGA: Kenapa Oyen “Special” Berbanding Kucing Lain? Ini Kajiannya
Susulan itu, darah yang hangat akan dapat mengalir ke bahagian penting untuk memastikan organ dalaman anda sentiasa hangat.
Perkara ini juga akan meningkatkan tekanan darah dan meningkatkan aktiviti dalam buah pinggang kerana badan ingin mengeluarkan cecair untuk mengimbangi perubahan arteri.
Sehubungan itu, individu akan mudah berasa untuk membuang air kecil.
Tekanan Air

Selain itu, tekanan air juga mendorong rasa untuk anda kencing. Sekiranya anda pernah melakukan aktiviti menyelam pastinya mengetahui tekanan air.
Ketika berenang di dalam air, tekanan hidrostatik akan dihasilkan pada seluruh badan. Tekanan hidrostatik yang berlaku akan meningkatkan sedikit tekanan darah, Perkara ini mendorong buah pinggang bertindak balas menapis lebih banyak cecair dan meningkatkan pengeluaran air kencing.
Jika seseorang berenang di dalam air yang bersuhu rendah dan tekanan hidrostatik, ia akan membuatkan keinginan untuk kencing lebih ketara.
Faktor Lain Yang Menyebabkan Kerap Kencing
Selain berenang di dalam air, terdapat tiga lagi sebab mengapa anda kerap untuk ke tandas seperti masalah kesihatan, ubat-ubatan dan pengambilan minuman.
Diabetes
Bagi pesakit yang mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti diabetes, tiada perubahan dalam pengambilan cecair terlibat dalam menghasilkan peningkatan pengeluaran air kencing. Hal ini kerana tanda awal penyakit adalah kerap membuang air kecil dan pengeluaran air kencing yang lebih tinggi.
BACA JUGA: Kenapa Ada Burung Suka ‘Serang’ Tingkap Rumah? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya
Pesakit diabetes atau kencing manis biasanya air kencing mereka sering berbau manis kerana badan cuba membuang glukosa darah yang berlebihan melalui air kencing.
Ubat-Ubatan

Selain itu, pengambilan ubat tertentu juga boleh meningkatkan keperluan untuk kencing.
Sebagai contoh pil air atau dikenali sebagai Diuretik dapat membantu badan untuk mengeluarkan cecair dan natrium yang berlebihan dalam badan.
Kebiasaannya, ubat ini digunakan untuk merawat keadaan termasuk kegagalan jantung, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang kronik. Ia berfungsi untuk mengurangkan bengkak dengan sangat berkesan dan memulihkan keseimbangan cecair badan.
Pengambilan makanan dan & minuman
Di samping itu, pengambilan minuman berlebihan seperti teh, kopi dan minuman berkafein lain juga boleh mempunyai kesan diuretik. Makanan yang masin sangat masin juga boleh mempengaruhi pembuangan air kecil.
Sumber: Mental Floss, USMS