Siakap Keli
perbezaan kupu-kupu dan rama-rama
Kredit Petrosains

Nampak Serupa Tapi Tak Sama, Ini Perbezaan Kupu-Kupu Dan Rama-Rama

Nampak Serupa Tapi Tak Sama, Ini Perbezaan Kupu-Kupu Dan Rama-Rama

Rama-rama dan kupu-kupu merupakan sejenis serangga yang mempunyai sayap dan berasal dari rumpun keluarga Lepidoptera.

Kedua-dua serangga ini mempunyai banyak perbezaan yang mengklasifikasikannya sebagai rama-rama atau kupu-kupu.

Perbezaan yang paling ketara dapat dilihat daripada dua jenis serangga ini adalah, warna, saiz badan dan sayap.

Terdapat ratusan spesies sub keluarga bagi dua jenis serangga ini dan beberapa daripadanya terdapat di Malaysia.

Seperti serangga holometabolisme lain, kitaran hidup kupu-kupu terdiri daripada empat bahagian, telur, larva, pupa dan dewasa.

Kebanyakan spesies merupakan diurnal (berjaga siang). Kupu-kupu terdiri daripada kupu-kupu sejati (superfamili Papilionoidea), skipper (superfamili Hesperioidea) dan kupu-kupu rerama (superfamili Hedyloidea).

‘Butterfly’ Itu Kupu-kupu & ‘Moth’ Adalah Rama-rama

Menerusi penjelasan daripada Petrosains, mereka telah memberikan definisi yang berbeza seperti diketahui umum pada sebelum ini oleh masyarakat.

Jika dahulu, acapkali kita dengar bahawa ‘butterfly’ itu merupakan rama-rama di dalam bahawa Melayu, namun ia sebenarnya bukanlah begitu. Butterfly bermaksud kupu-kupu dan Moth pula adalah rama-rama.

Faktanya adalah serangga berterbangan yang mempunyai sayap berwarna-warni itu sebenarnya adalah kupu-kupu bukan rama-rama.

Kredit Petrosains

Kupu-kupu adalah sejenis serangga diurnal ataupun aktif di siang hari, manakala kebanyakan rama-rama adalah nokturnal ataupun aktif pada waktu malam.

Secara fizikalnya, kupu-kupu memiliki sayap yang cantik dan berwarna-warni terang. Kupu-kupu dipercayai menggunakan kelebihan warnanya yang terang sebagai mekanisme mempertahankan diri terhadap pemangsa.

Kredit Petrosains

Rama-rama pula dikatakan memiliki sayap yang berwarna semula jadi dan cenderung memiliki warna seperti coklat, kelabu, hitam dan coklat kehitaman.

Perbezaan kupu-kupu dan rama-rama

Terdapat lapan perbezaan antara kupu-kupu dan rama-rama yang boleh mengelaskan serangga itu dalam kelompok keluarga mereka.

1. Sayap ketika berehat

Salah satu perbezaan yang paling jelas antara kedua-dua serangga ini ialah kedudukan sayap mereka ketika berehat.

Kredit Australian Butterfly Sanctuary

Rama-rama berehat dalam keadaan sayapnya yang terbuka, manakala kupu-kupu cenderung untuk berehat dengan sayapnya yang tertutup.

Walau bagaimanapun, banyak kupu-kupu dijumpai ‘berjemur’ dengan sayapnya yang terbuka.

2. Nokturnal vs Diurnal

Kupu-kupu aktif pada waktu siang (diurnal), manakala rama-rama aktif pada waktu malam (nokturnal).

3. Bentuk Antena

Jika dilihat dengan teliti, antena kedua-dua seranga ini adalah berbeza. Antena rama-rama cenderung berbentuk daun atau berbulu.

Kredit Australian Butterfly Sanctuary

Manakala antena kupu-kupu cenderung panjang, terdedah dan keluar. Antena kupu-kupu juga mempunyai seperti mentol di hujungnya.

Walaupun ini biasanya berlaku, terdapat beberapa rama-rama yang mempunyai antena yang lurus dan tidak berbulu, seperti rama-rama Zodiac.

4. Frenulum

Rama-rama mempunyai frenulum iaitu alat gandingan sayap yang memastikan sayap bergerak bersama semasa terbang. Manakala bagi kupu-kupu, mereka tidak mempunyai frenulum tersebut.

5. Pupa

Dalam metamorfisme dari ulat beluncas kepada kupu-kupu, mereka terdiri daripada protein yang mengeras. Sebaliknya, ulat beluncas rama-rama akan membentuk pupa sutera, yang dijadikan sebagai kepompong.

Kredit Australian Butterfly Sanctuary

6. Ciri penampilan umum

Secara umum, rama-rama cenderung lebih gempal dan mempunyai badan yang berbulu, manakala kupu-kupu berbadan licin dan kurus.

Kredit Australian Butterfly Sanctuary

Perbezaan ini adalah disebabkan oleh saiz skala di mana kupu-kupu mempunyai saiz badan yang jauh lebih kecil.

7. Mata

Oleh kerana rama-rama adalah aktif pada waktu malam dan kupu-kupu aktif pada waktu siang. Kedua-dua spesies ini telah menyesuaikan diri untuk mempunyai mata yang berbeza dan disesuaikan dengan keadaan cahaya sekeliling mereka.

Secara amnya, rama-rama mempunyai mata superposisi, di mana mata mereka memantulkan cahaya pada sudut yang sama. Mata jenis ini menghasilkan imej 1,000 kali lebih cerah berbanding mata pemerolehan, tetapi menghasilkan kualiti yang kurang.

Sebaliknya, kupu-kupu memiliki mata jenis aposisi yang berfungsi dengan mengumpulkan pelbagai imej dan menggabungkannya di dalam otak.

8. Warna

Secara umumnya, rama-rama memiliki warna lebih kusam dan kurang menyerlah, dengan corak yang kurang rumit dan tidak menarik.

Kredit Australian Butterfly Sanctuary

Walaupun ini kebiasaannya yang boleh ditemui pada rama-rama, masih terdapat spesies seperti rama-rama Sunset Madagascan yang memiliki warna yang terang dan menarik perhatian.

Sekarang semua sudah tahu kan apa perbezaan antara kedua-dua serangan tersebut. Semoga perkongsian ini dapat memberi ilmu yang baharu kepada semua pembaca.

Sumber: Petrosains, Library of Congress, Australian Butterfly Sanctuary

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.