Siakap Keli
gunungkidul positif antraks
Kredit: Sinar Harian

Seorang Maut & Puluhan Positif Antraks, Dipercayai Makan Daging Lembu Berpenyakit

Seorang Maut & Puluhan Positif Antraks, Dipercayai Makan Daging Lembu Berpenyakit

Sekurang-kurangnya 86 penduduk di Gunungkidul, Yogyakarta dilapor positif antraks selepas memakan daging lembu mati yang berpenyakit.

Menurut CNN, kejadian itu hanya diketahui selepas Pusat Perkhidmatan Gunungkidul (Dinkes) menerima laporan kematian pada 4 Jun lalu. Menurut pengarahnya, Dewi Irawati, laporan tersebut menyebut bahawa seorang penduduk Semanu meninggal dunia dipercayai akibat penyakit antraks.

Sebaik sahaja menerima laporan berkenaan, pihaknya segera melakukan penyiasatan dan menemubual beberapa saksi. Hasil siasatan tersebut, mangsa berusia 73 tahun yang maut itu sebelum ini bertindak menyembelih dan memakan daging lembu miliknya yang mati kerana sakit.

Seorang maut, puluhan positif selepas makan daging lembu ada penyakit antraks

”Mangsa menyembelih dan makan daging daripada lembu yang mati kerana sakit. Jadi, mangsa yang maut setakat ini hanya seorang kerana antraks. Ia disahkan, kerana pemeriksaan yang dibuat mendapati daging yang dimakan memang positif antraks,” kata Dewi.

Siasatan lanjut juga mendapati bahawa mangsa turut membahagi-bahagikan daging lembu itu kepada penduduk kampung yang lain. Susulan itu, Dinkes mengarahkan kira-kira 125 orang penduduk kampung berkenaan ke pusat kesihatan untuk diambil darah.

“Sebahagiannya positif, dalam 85 orang. Tetapi, majoritinya tidak menunjukkan sebarang gejala,” kata Dewi lagi.

Sementara itu, mereka yang bergejala mengalami beberapa masalah seperti seperti cirit-birit, luka di kulit serta kesan bengkak kecil kemerahan-merahan pada bahagian tangan.

Kata Dewi, Pusat Perkhidmatan Kesihatan telah bertindak pantas dengan memberikan ubat antibiotik kepada pesakit-pesakit tersebut.

Selain itu, pihak pentadbiran daerah akan melakukan pemantauan sebanyak dua kali semasa tempoh inkubasi iaitu selama 120 hari.

“Keadaan terkini dari mereka sudahpun kelihatan agak baik. Ini menunjukkan bahawa situasi di sini semakin pulih,” jelas Dewi lagi.

Kampung itu turut diletakan sebagai zon merah penyakit tersebut yang berpunca daripada bakteria Bacillus anthracis. Antraks merupakan penyakit bersifat zoonosis atau mampu menular dari haiwan kepada manusia. Bagaimanapun, penyakit itu tidak dapat menjangkiti sesama manusia.

Penularan wabak dari haiwan ini secara umumnya, melalui kontak langsung seperti sentuhan dengan tubuh yang mengalami kesan luka.

Bukan itu sahaja, seseorang juga boleh dijangkiti antraks jika menghirup udara yang mengandungi spora bakteria Bacillus anthracis.

“Ketiga, individu boleh dijangkiti apabila memakan daging haiwan yang ada penyakit berkenaan,” sambung Dewi.

Dinkes dalam pada itu menggesa orang ramai agar hanya menjamah daging dari haiwan ternakan yang sihat sahaja.

BACA: Pakai Satu Bahan Je, Ini Tips Mudah Bersih Minyak Masak Tumpah Atas Lantai

Sumber: CNN Indonesia

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.