Siakap Keli
kabel tnb terbakar
Kredit: BERNAMA

Kabel Elektrik Pencawang TNB Terbakar

Kabel Elektrik Pencawang TNB Terbakar

KUALA LUMPUR (Bernama) — Sebuah kabel elektrik di pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Sabit, Kampung Dato Keramat, di sini, meletup dan terbakar selepas dipercayai terkena air ketika usaha pembaikan di kawasan pencawang tersebut sedang dijalankan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Hamdan Ali berkata bomba menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada jam 8.52 malam tadi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Beliau berkata setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran melibatkan kabel elektrik TNB yang terkena air menyebabkan percikan api susulan kerja-kerja pembaikan oleh pihak TNB.

“Kabel elektrik TNB berkenaan sedang dibaiki oleh pihak TNB serta tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubung malam tadi.

Sumber: BERNAMA

BACA: Pekerja Maut Ketika Pasang Kabel Internet Di Atas Bumbung Rumah

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.