Siakap Keli
Nelayan Hilang Sungai Besar
Gambar: APMM

Mayat Kedua Nelayan Hilang Ditemukan Terapung Di Perairan Sungai Besar

Mayat Kedua Nelayan Hilang Ditemukan Terapung Di Perairan Sungai Besar

SHAH ALAM, 6 Julai (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor mengesahkan mayat kedua nelayan yang dilaporkan hilang semalam telah ditemukan terapung di perairan Sungai Besar, Sabak Bernam tengah hari tadi.

Timbalan Pengarah (Operasi) APMM Selangor Komander Maritim Mohd Shahrenliza Ghazali berkata mayat kedua dijumpai oleh sekumpulan pemancing di kedudukan 6.9 batu nautika barat daya jeti Sungai Haji Dorani pada 12.05 tengah hari.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bomba Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain memaklumkan mangsa pertama telah ditemukan seorang nelayan pada jarak empat batu nautika dari Jeti D Muara, Sungai Haji Dorani pada 9.35 pagi tadi.

BACA JUGA: Dua Beranak Dikhuatiri Lemas Jatuh Kolam Takungan

Mohd Shahrenliza berkata kedua-dua mayat itu dibawa ke Jeti Pangkalan Nelayan Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam untuk proses pengecaman oleh ahli keluarga mangsa.

“Kedua-dua mayat itu diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam bagi proses bedah siasat. Pengecaman awal oleh keluarga mangsa mengesahkan identiti kedua-dua mayat itu ialah Kamarudin Che Om, 65, dan Mohd Noh Wah, 55,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Selasa lepas, kedua-dua mangsa dilaporkan keluar ke laut menaiki bot fiber kira-kira pukul 5 petang, namun tidak pulang ke pangkalan dan gagal dihubungi oleh keluarga mangsa.

Sumber; BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.