Siakap Keli
tengku zafrul dbp insya-allah
Kredit: Bernama

Terima Teguran DBP, Tengku Zafrul Kongsi Ejaan Sebenar “insya-Allah”

Terima Teguran DBP, Tengku Zafrul Kongsi Ejaan Sebenar “insya-Allah”

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima teguran daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berhubung satu kesalahan ejaan.

Dalam satu ciapannya, Tengku Zafrul berkata teguran yang diterima itu berkenaan ejaan salah perkataan “insya-Allah” yang pernah digunakannya sebelum ini.

Berlapang dada dengan teguran yang dibuat, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak DBP kerana memperbetul ejaan yang digunakannya.

“Apa ejaan yang betul? Selama ini saya guna InsyaAllah tapi sekarang saya dah tahu ejaan sebenar ialah insya-Allah.

“Terima kasih DBP Malaysia kerana menegur ejaan. Lepas ni, saya akan lebih teliti dengan penggunaan istilah ini, insya-Allah,” kata Tengku Zafrul di Twitter pada Rabu.

Dalam ciapan yang sama, Tengku Zafrul turut memuatnaik sepucuk surat yang diterima dari DBP berhubung teguran ejaan ‘insya-Allah itu.

Difahamkan, DBP telah menghantar sepucuk surat rasmi pada 31 Mac lepas. Ketika itu, DBP memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima aduan daripada pengguna bahasa Melayu mengenai kesalahan ejaan perkataan tersebut pada hantaran Twitter Tengku Zafrul.

“Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berperanan untuk memberikan ulasan dan nasihat kepada semua pihak supaya bahasa kebangsaan digunakan secara baik dan betul serta meluas bagi maksud rasmi seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.”

“DBP telah menerima aduan daripada pengguna bahasa Melayu tentang kesalahan ejaan perkataan “InsyaAllah” pada hantaran Twitter YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz seperti pada lampiran.”

“Ejaan yang betul bagi perkataan tersebut mengikut Kamus Dewan Perdana ialah “insya-Allah”.”

Selain itu, pihak DBP turut menyarankan Tengku Zafrul untuk menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa dalam talian melalui laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu. 

Untuk makluman, perkataan ‘insya-Allah’ merupakan kata pinjaman dari Arab yang bermaksud ‘jika diizinkan Allah’.

Menurut Dewan Bahasa, penggunaan perkataan  ini menunjukkan bahawa kita tidak mengetahui tentang masa hadapan atau apa-apa yang akan berlaku terhadap dirinya.

Disebabkan asal usulnya dari bahasa asing, perkatan ini secara tidak langsung memiliki ejaan yang berbeza seperti InsyaAllah, Insya-Allah dan Insyaallah.

Namun begitu, ejaan yang betul bagi perkataan tersebut mengikut Kamus Dewan Perdana ialah ‘insya-Allah’.

BACA: Pakai Satu Bahan Je, Ini Tips Mudah Bersih Minyak Masak Tumpah Atas Lantai

Sumber: @tzafrul_aziz via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.