Nikmati keajaiban Velvet Crème Poring Latté untuk masa yang terhad, hasil gabungan sempurna dunia gaming dan budaya minuman
Kuala Lumpur, 6 Julai 2023 – HUAWEI AppGallery, platform pengedaran aplikasi global terkemuka, bersama jenama kopi terkenal ZUS Coffee, serta permainan mudah alih Ragnarok Origin (ROO) yang digemari ramai telah bergabung tenaga untuk mengumumkan kempen kerjasama mereka dalam menghasilkan minuman yang sangat dinanti-nantikan, Velvet Crème Poring Latté.
Minuman edisi terhad yang menggiurkan ini telah direka khas untuk membuahkan rasa teruja dan bahagia bagaikan perasaan yang dirasai apabila kita memulakan pengembaraan yang baharu bersama pasangan. Minuman ini turut menggabungkan unsur gaming, minuman istimewa, dan inovasi teknologi termaju.
Nikmati Velvet Crème Poring Latté hasil ciptaan kempen tiga pihak hingga 31 Julai 2023. Minuman berwarna merah jambu yang terhad ini diilhamkan dari kisah yang mempesonakan yang menyatukan unsur gaming, cinta, dan teknologi demi keenakan yang tidak dapat dilupakan.
Pastikan anda mengambil peluang untuk menemui kelazatan ini sambil meneroka gabungan sempurna antara budaya gaming dan minuman di mana-mana cawangan ZUS Coffee. Sebagai tambahan, pelanggan yang membeli Velvet Crème Poring Latté akan dapat ganjaran eksklusif yang akan meningkatkan lagi kenikmatan mereka.
Mulai sekarang hingga 31 Julai 2023, kempen tiga pihak ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan ganjaran eksklusif untuk para peserta. Minuman istimewa Velvet Crème Poring Latté yang manis lagi menyegarkan ini pasti menambat selera peminat kopi yang turut aktif dalam dunia gaming.
Selain penawaran kelazatan Poring Latté, kempen ini turut menyediakan peluang untuk pembelian dalam aplikasi dan ganjaran pengguna di HUAWEI AppGallery.
Pemain Ragnarok Origin dijemput untuk memuat turun permainan daripada AppGallery untuk mendapatkan ganjaran eksklusif. Beberapa ganjaran yang boleh didapati termasuk*:
- Pek hadiah in-game istimewa untuk perbelanjaan berjumlah RM500 dan ke atas
- Tumber “Original Love” edisi terhad untuk perbelanjaan berjumlah RM1,000 dan ke atas, hanya dengan eWallet.
Aktiviti pembelian dalam aplikasi berlangsung mulai sekarang hingga 31 Julai 2023. Tertakluk pada terma dan syarat. Log masuk di sini untuk mengetahui lebih lanjut: https://bit.ly/ag_roo_zus_campaign2023
Pemain boleh memuat turun Ragnarok Origin dari AppGallery di https://bit.ly/42xfq2d.
Dengan kehadiran dan warisan selama dua dekad dalam industri gaming, Ragnarok origin merupakan salah satu MMORPG yang sangat popular dan paling digemari sehingga saat ini. Ia membawa pemain mengharungi perjalanan yang penuh nostalgia, membolehkan mereka menghidupkan semula nikmat pengembaraan luar biasa bersama watak-watak kesayangan mereka sambil mengasah kemahiran di medan pertempuran.
Dengan peta visual yang menarik dan ketersediaan pelbagai kelas pekerjaan untuk dipilih, para pemain dapat menyelami dunia ROO yang menggamit hati. Untuk pengalaman gaming yang dipertingkatkan, pemain boleh menikmati permainan optimum yang ditawarkan oleh HUAWEI P60 Pro.
Rei Xiao, Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Ekosistem Mudah Alih, HUAWEI Rantau Asia-Pasifik, berkata “Kami sangat teruja untuk bergabung tenaga dengan ZUS Coffee dan Ragnarok Origin untuk kempen ini. Pelancaran Velvet Crème Poring Latté dan peluang untuk pengguna memuat turun Ragnarok Origin dari AppGallery melambangkan komitmen kami untuk menyepadukan teknologi dan unsur gaya hidup. Bersama-sama, kami dapat mencipta pengalaman yang unik dengan gabungan terbaik antara budaya minuman dan gaming demi nikmat pengguna.”
Terence Ho, Pengasas Bersama ZUS Coffee menghuraikan, “Kami telah mencipta Velvet Crème Poring Latté untuk menandakan unsur kegembiraan, pengembaraan, dan emosi yang timbul hasil aktiviti gaming. Kami yakin bahawa minuman ini akan mendatangkan kenikmatan kepada pemain Ragnarok Origin.”
Harry Choi, Presiden Gravity Game Hub turut berkata, “Velvet Crème Poring Latté yang diilhamkan oleh Poring, raksasa Ragnarok Origin yang ikonik lagi comel, membolehkan komuniti gamer untuk menghidupkan dunia fantasi dalam ruang yang berbeza dan sebagai sebahagian daripada kehidupan harian mereka.
Para peminat tegar juga boleh bersantai bersama untuk menikmati minuman istimewa ini sambil berkongsi pengalaman gaming mereka. Ia juga menghasilkan peluang bagi pemain lain untuk menemui dunia Ragnarok Origin, dan kehebatan dunia fantasi ini dapat dikongsi kepada khalayak yang lebih luas. Sertai kami untuk meneroka kepelbagaian dunia Ragnarok Origin yang menakjubkan, tersedia sekarang di AppGallery.”
HUAWEI AppGallery tersedia untuk pengguna peranti Android. Untuk memuat turun apl, sila ikuti langkah berikut:
Pergi ke pautan muat turun dan klik “Install” untuk mendapatkan AppGallery pada peranti Android anda.
Muat turun HMS Core dan klik “Install”.
Cipta ID HUAWEI dan log masuk.
Mula muat turun apl dan permainan dan nikmati faedah dan ganjaran eksklusif AppGallery.
Muat turun AppGallery sekarang: https://bit.ly/40VRapY
Sertai saluran Discord AppGallery untuk mendapatkan faedah tambahan dan ganjaran eksklusif: https://discord.gg/6C3fyEsQt3