Siakap Keli
Sotong kurita tersangkut
Kredit Jam Press/AGA Institute

Mengadu Susah Nak Telan, Doktor Terkejut Temui Sotong Kurita Tersangkut Dalam Kerongkong Lelaki

Mengadu Susah Nak Telan, Doktor Terkejut Temui Sotong Kurita Tersangkut Dalam Kerongkong Lelaki

Doktor terkejut selepas menemukan seekor sotong tersangkut dalam kerongkong seorang pesakit yang mengadu alami kesukaran untuk menelan di Singapura, lapor Daily Mail.

Lelaki berusia 55 tahun itu pada awalnya telah dimasukkan ke hospital selepas menjamu selera. Pesakit dipercayai telah menjamu makanan laut termasuk makhluk laut berkaki lapan tersebut.

Pesakit yang tidak dinamakan itu memberitahu doktor bahawa dia mula muntah sejurus selepas dia makan hidangan makanan laut tersebut.

Pakar kesihatan di Hospital Tan Tock Seng, Singapura telah menjalankan imbasan pada esofagus iaitu sejenis tiub otot yang menghubungkan mulut dengan perut pesakit.

Imej imbasan berjaya merakam seekor sotong kurita yang lengkap dengan sesungut sedang tersangkut.

Imej pelik dirakam menunjukkan terdapat seekor sotong lengkap dengan sesungutnya tersepit 5cm dari persimpangan gastroesophageal, di mana esofagus dan perut bertemu.

Kredit Jam Press/AGA Institute

 

Pasukan perubatan itu tidak mempunyai pilihan selain menjalankan imbasan tomografi yang dikenali sebagai oesophagogastroduo denoscopy, pada pesakit.

Percubaan awal mereka untuk menolak atau mengeluarkan objek luar biasa itu tidak berjaya. Akhirnya, endoskop digerakkan dengan berhati-hati bagi melepasi objek itu ke dalam perut dan kemudian ditarik balik.

Doktor kemudian menggunakan forsep untuk memegang kepala sotong lalu mengeluarkannya.

Pesakit dilaporkan pulih dengan cepat selepas menjalani prosedur tersebut dan dibenarkan keluar dua hari selepas prosedur berkenaan.

Pasukan perubatan yang berkongsi cerita pada 2018 berkata bahawa pada masa itu sekatan makanan adalah salah satu masalah paling biasa yang mereka hadapi sewaktu bekerja di hospital.

Kredit Jam Press/AGA Institute

BACA: Pernah Kena “Ignore” Dengan Operator, CEO Klook Kongsi Kisah Tercetusnya Idea Penubuhan Aplikasi Klook

Menurut pasukan itu, isu bolus makanan kebiasaannya akan berlalu secara spontan dalam 80 hingga 90 peratus kes yang pernah terjadi.

Selain itu, pengurusan endoskopik akan diperlukan dalam 10 dan 20 peratus kes manakala kurang daripada satu peratus memerlukan pembedahan.

Pasukan perubatan menambah: ” ‘Teknik tolakan’ adalah kaedah utama yang disyorkan dengan kadar kejayaan yang tinggi. Namun penggunaan daya yang berlebihan boleh menyebabkan perforasi esofagus.”

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.