Siakap Keli
Gambar: Instagram Lisa Blackpink
Gambar: Instagram Lisa Blackpink

Kerabu Mangga ‘Laku Keras’, Jualan Meningkat Gara-Gara Lisa Blackpink

Kerabu Mangga ‘Laku Keras’, Jualan Meningkat Gara-Gara Lisa Blackpink

Baru-baru ini, bintang K-Pop yang berasal dari Thailand, Lalisa Manoban atau Lisa Blackpink mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik gambar dipercayai Kerabu Mangga di Instagram Story.

“Kerabu Mangga asli dari Thailand,” tulisnya di platform media sosial tersebut.

Difahamkan, sejurus dia memuatnaik gambar makanan tersebut, jualan kerabu mangga di negara berkenaan laku keras.

Seorang penjaja di daerah Phimai, Wilayah Nakhon Ratchasima memberitahu wartawan bahawa makanan tersebut semakin popular selepas Lisa menyiarkannya.

Gambar: Instagram LIsa Blackpink

Menurut laporan, para peniaga kini tak menang tangan menyediakan bahan-bahan seperti mangga, betik, ikan yang ditapai dan tomato. Ia sebagai persediaan permintaan yang semakin meningkat.

BAC JUGA: Selamba, Zizan Ajak Lisa Blackpink Tengok Polis Evo 3 Macam ‘Member’

Sri Sukjai, 45, yang merupakan pemilik kedai kerabu betik terpaksa menyediakan lebih banyak bahan daripada biasa.

“Pelanggan kini lebih banyak memesan kerabu mangga dan ia menjadikan jualan kerabu mangga meningkat dengan ketara,” katanya.

Sukjai turut memaklumkan bahawa kedainya akan menyediakan semua bahan tersebut bagi memenuhi permintaan pelanggan. Lebih-lebih lagi, kerabu mangga masih dijual pada tanda harga yang sama, 40 baht (RM8) setiap hidangan.

“Kalau pelanggan datang ke kedai saya, saya akan bertanya kepadanya sama ada mahu resepi asal atau seperti kerabu Lisa.

“Rata-rata pelanggan memilih makanan yang dimakan Lisa,” katanya.

Sementara itu, pemilik Jay Rung Tum Sab Ver Songkhla , Rungrasamee Chaovalit, 40, berkata orang ramai dahulu lebih memesan kerabu betik Thailand. Namun, kebanyakan mereka kini lebih terarah kepada kerabu mangga.

Pemilik Sunisa Injui, 35, memberitahu wartawan bahawa makanan tersebut bakal menjadi popular. Dia perlu segera menyediakan bahan-bahan tersebut.

Sehingga kini, kerabu mangga dijual dengan harga 60 baht (RM9) setiap hidangan di restorannya.

“Terima kasih Lisa kerana mempromosikan banyak makanan Thai sejak bebola daging goreng dan beku Thailand (Mhoo Kata) kepada salad mangga. katanya.

BACA JUGA: Konsert Kutip RM45 Juta Semalam, Blackpink Jadi Artis Berkumpulan Raih Kutipan Tertinggi

Sumber: Khaosod english

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.