Siakap Keli
art street majlis bandaraya kuantan
Gambar: Majlis Bandaraya Kuantan

Parkir Di Kawasan Art Street, Majlis Bandaraya Kuantan Akan Ambil Tindakan Terhadap ‘Geng Kereta’

Parkir Di Kawasan Art Street, Majlis Bandaraya Kuantan Akan Ambil Tindakan Terhadap ‘Geng Kereta’

KUANTAN  — Pada 2 Julai 2023 lalu, sekitar jam 3 pagi, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah mengesan sekumpulan geng berkereta meletakkan kenderaan di kawasan Art Street.

Pekara tersebut dimaklumkan MBK dalam satu hantaran di Facebook.

Tambah MBK, pihaknya berjaya mengenalpasti kesemua nombor pendaftaran kenderaan terlibat menerusi rakaman kamera litar tertutup CCTV.

Sehubungan itu, tindakan penguatkuasan akan diambil  ke atas individu yang terlibat.

Dalam tangkap layar video tersebut mendedahkan deretan kenderaan diletakkan di sisi kanan dan kiri kawasan tersebut.

Gambar: Majlis Bandaraya Kuantan
art street mbk
Gambar: Majlis Bandaraya Kuantan
Gambar: Majlis Bandaraya Kuantan
art street mbk
Gambar: Majlis Bandaraya Kuantan

Sementara itu, pihak MBK menasihati orang ramai untuk tidak meletakkan kenderaan di sekitar kawasan tersebut.

“Orang ramai diminta tidak membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan Art Street memandangkan ianya merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” maklum MBK dalam satu kenyataan.

BACA JUGA: Rapid Bus, DBKL Kerjasama Lancarkan Perjalanan Bas

Bayar Kompaun Atau Diheret Ke Mahkamah

Terdahulu, Majlis Perbandaran Kuantan meminta seluruh warga negeri tersebut menjelaskan kompaun letak kereta tertunggak jika tidak mahu diheret ke Mahkamah.

Yang Dipertua, Datuk Fadzilla Salleh memberitahu bahawa pihak majlis dalam usaha mengenal pasti pesalah serta kompaun-kompaun lama yang masih belum dibuat pembayaran.

Menurutnya, pihak majlis akan melaksanakan perintah waran terlebih dahulu terhadap pesalah yang telah disenaraikan sebelum dibawa ke mahkamah.

“Jika tidak hadir ke Mahakamah atau gagal melunaskan bayaran tertunggak, pesalah akan ditahan polis dan tindakan diambil di bawah peruntukkan Perintah Pengangkutan Jalan (tempat letak kereta) MPK 2005,” katanya.

11 Motor Kena ‘Angkut’ Selepas Halang Pejalan Kaki LRT

Dalam kejadian yang hampir serupa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengangkut 11 motosikal yang diletak di atas laluan pejalan kaki di sekitar LRT Kampung Baru.

DBKL dalam satu kenyataan berkata satu operasi Tindakan Khas Angkut Kenderaan (Motosikal) telah dilaksanakan.

Operasi berkenaan diketuai oleh Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan dibuat selepas mendapat aduan orang ramai.

Sebelum itu, tular perkongsian di media sosial mendedahkan deretan motosikal di laluan tersebut.

Berikutan itu, ia mendapat pelbagai rungutan daripada orang awam, pelancong dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Sumber: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.