Siakap Keli
polis basikal bmx

Main Basikal BMX, ‘Sisi Lain’ Anggota Polis Ini Raih Perhatian Ramai

Main Basikal BMX, ‘Sisi Lain’ Anggota Polis Ini Raih Perhatian Ramai

Sejak basikal jenis BMX atau nama penuhnya basikal motorcross diperkenalkan, ia telah menjadi kegilaan para remaja khususnya mereka yang lahir pada tahun 90an dan awal 2000.

Walaupun sudah lama basikal itu dikeluarkan namun pada ketika ini ia masih mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan peminatnya.

Baru-baru ini tular satu video lama memaparkan salah seorang anggota polis bermain basikal BMX bersama golongan remaja di satu kawasan lapang.

Pengguna yang menggunakan akaun @katunaszeril83 (Katun Aszeril) memuat naik video pendek itu di TikTok.

Dalam video itu, ia menunjukkan anggota polis itu sedang mencuba basikal yang menjadi rebutan ramai.

Kredit: @katunaszeril83/TikTok

“Sempoi bang (abang) polis, melayan bmx. Mendekati rakyat BMX,” tulisnya sambil meletakkan tanda pagar (#)  throwback di penghujung ayat.

Video berdurasi 12 saat itu disiarkan susulan pengguna itu throwback kejadian yang berlaku pada 8 Julai (semalam) tahun sebelumnya.

Anggota tersebut tanpa segan silu menonjolkan bakatnya dalam membonceng basikal.

Dia turut menunjuk dan membuat aksi dengan menaikkan tayar hadapan ke atas, yang biasa dibuat oleh penunggang BMX.

Kelihatan di situ juga, beberapa orang remaja yang sedang bermain di kawasan itu dan para ibu bapa yang sedang melakukan aktiviti riadah.

Terdapat juga, seorang ayah yang sedang mengajar anaknya bermain basikal BMX.

Lelaki itu membimbing menggunakan kedua-dua tangannya supaya anak kecil itu tidak terjatuh.

BACA: Syok Layan ‘View’ Sampai Tayar Basikal Kemik Tak Berpusing

Sisi lain yang ditunjuk pikat hati rakyat

Walaupun perbuatan anggota polis itu dilihat sebagai biasa sahaja, namun lelaki yang merakam kejadian tersebut berasa terharu kerana ia menunjukkan ‘sisi lain’ pihak berkuasa tersebut.

Kredit: @katunaszeril83/TikTok

Tindakan anggota polis itu dikatakan agak sempoi kerana merapatkan jurang antara rakyat biasa dan juga pihak berkuasa, yang biasanya terlihat formal kerana mengikuti protokol yang ditetapkan.

Katun Asrezil yang merupakan salah seorang ahli basikal BMX sering berkongsi dengan orang ramai berkenaan dengan aktiviti kehidupan seharian melibatkan basikal tersebut.

Video tersebut berjaya meraih perhatian warga maya kerana perkara yang jarang berlaku itu dirakam memaparkan sisi lain seseorang anggota polis.

Ramai di antara mereka terhibur dengan sisi lain yang ditunjukkan oleh anggota itu dan mengatakan dia mempunyai bakat terpendam dalam menunggang basikal BMX.

Saksikan video penuh di bawah.

@katunaszeril83

#onthisday #throwback

♬ original sound – Katun Aszeril (bmx family) – Katun Aszeril (bmx family)

Sumber: @katunaszeril83/TikTok

BACA: Kanak-Kanak Perempuan Maut, Basikal Langgar Lori Sampah

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.