Siakap Keli
tips bersihkan peti ais
Gambar: AFP

Terus Bersih & Wangi, Ini Enam Tips Bersihkan Peti Ais Di Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Terus Bersih & Wangi, Ini Enam Tips Bersihkan Peti Ais Di Rumah

Semua mengetahui bahawa peti ais merupakan barangan elektrik yang wajib ada di setiap isi rumah.

Peti ais atau peti sejuk ini berfungsi untuk menyimpan barangan basah, barangan kering dan sejuk beku. Oleh itu, ia  menjadi satu keperluan khususnya yang sudah berumahtangga.

Walau bagaimanapun, peti ais ini perlu sentiasa dicuci, jika tidak, ia boleh mengundang bauan yang kurang menyenangkan.

Tambahan lagi, campuran pelbagai makanan yang diletakkan di dalam peti sejuk membuatkan bauannya bercampur antara satu sama lain. Bukan sahaja itu, ia perlu dicuci kerana sesetengah makanan atau barangan tidak tahan lama.

Sehubungan itu, hari ini pihak SK akan berkongsikan enam tips untuk membersihkan peti ais di rumah.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Wan Azreen Ariff di bawah.

6 Tips Boom Bersihkan Peti Ais 

Gambar: Wan Azreen Ariff

Weekend kan, mummy mesti busy dengan kerja rumah. Ada yang sibuk memasak, mendobi, vacuum dan pelbagai aktiviti.

Nak bersih itu, nak lap ini. Nak mop situ, nak kemas sini.

Ibu, mommy, umi macam tangan sotong dah hari ini.

Hari ini nak share simple Tips aje untuk semua mommy. Tips cuci dan kemas peti ais atau fridge. Peti ais kemas dan bersih, barulah makanan yang disimpan terjaga kesegaran dan tak rosak.

Keluarkan Semua Makanan Dan Bahan Yang Disimpan

Semua bahan makanan, botol, bekas yang disimpan dan dikeluarkan dan diletakkan pada tempat yang bersesuaian.

Periksa seluruh ruang dalam peti ais anda sebelum langkah seterusnya.

Buang Makanan Yang Rosak Dan Berkulat

Check label pada botol, bekas makanan yang disimpan. Pastikan masih boleh diguna belum habis tarikh tempoh dan elok termasuklah tidak berkulat, berbau busuk dan seangkatan. Sayur yang lembik, busuk sila buang ya.

Keluarkan Bahagian Tray Plastik/Kaca 

Jika tray jenis kaca, boleh keluarkan. Gunakan campuran 2 sudu soda bikarbonat + air panas untuk mencuci. Atau boleh guna sabun, basuh kemudian bilas dan lap bersih sebelum dipasang semula.

BACA JUGA: Keladak Habis Hilang, Ini Cara Cuci Oven Hingga Berkilat Seperti Baharu

Jangan guna pencuci kimia macam kloroks kerana ia membuatkan peti ais anda berbau bila ditutup pintu nanti.

Nota, Kak Reen lap dengan campuran lemon essential oil & tea tree untuk kekalkan keharuman dan bunuh bakteria dalam peti ais.

Susun Makanan Ikut Kesesuaian

Selepas dilap bersih pada bahagian dalam. Anda boleh susun barang makanan ikut kesesuaian dan kekerapan penggunaan.

Tips Susun

Rak pertama boleh letak buah-buahan, coklat atau bahan yang kerap diguna.

Rak kedua boleh letak sayur atau bahan memasak.

Pastikan barang basah macam ikan, ayam dan lain-lain letak dalam tupperware & diletak pada bahagian freezer.

Cuci sayur bersih. Elok direndam garam. Tos kering dan masukkan dalam tupperware.

Ikan, ayam, udang siang bersih. Taburkan sedikit gula & potongan limau kasturi atau lemon atau limau nipis sebelum simpan untuk kesegaran.

Tips ini memudahkan proses memasak kerana bahan sudah bersih. Cuma perlu dibilas lagi sekali sebelum memasak.

Wangikan Peti Sejuk Anda

Boleh gunakan vanila untuk wangikan peti ais anda. Letakkan beberapa titisan vanilla dalam bekas dan letak dalam peti ais.

Beberapa helai daun pandan diletakkan dalam peti ais.

Potongan hirisan lemon boleh diletakkan dalam bekas dan diletakkan dalam peti ais.

Letakkan beberapa titis Lemon Essential Oil dalam bekas dan diletakkan dalam peti ais.

Bersihkan Bahagian Luar Peti

Check bahagian luar sama ada jenis tahan karat atau tak.

Jika jenis tahan karat,bahagian luar peti ais boleh dilap dengan tuala yang direndam dengan campuran sabun dan lemon essential oil. Lap dan bersihkan dengan kekotoran dan lap kering.

Selamat mencuba

#Share JIKA BERMANFAAT

Sumber: Wan Azreen Ariff via Tips – Koleksi Petua Dapur & Rumah Tangga

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.