Siakap Keli
mawar rashid adik kandung
Gambar: Instagram Mawar Rashid

“Alhamdulillah Dapat Jumpa,” Mawar Rashid Gembira Bertemu Adik Kandung Buat Kali Pertama Lepas 23 Tahun

“Alhamdulillah Dapat Jumpa,” Mawar Rashid Gembira Bertemu Adik Kandung Buat Kali Pertama Lepas 23 Tahun

Ikatan persaudaraan sesuatu yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Sejak kecil, sebahagian adik-beradik membesar bersama di bawah payung kasih sayang kedua ibu bapa.

Sekiranya tidak bertemu dalam tempoh yang agak lama, pastinya akan timbul rasa rindu yang mendalam terhadap darah daging itu sendiri. Lebih-lebih lagi tidak dapat digambarkan bagaimana mereka yang telah terpisah lebih dua dekad.

Sama seperti yang dialami pelakon tanah air, Mawar Rashid selepas gembira dapat bertemu semula dengan adik kandung setelah 23 tahun terpisah.

Luahan itu dikongsikan pelakon berusia 28 tahun itu dalam satu hantaran di akaun rasmi Instagram miliknya pada Jumaat lalu.

Gambar: Instagram Mawar Rashid

“Arwah Papa Mawar ada tiga isteri. Mommy Mawar nombor dua. Tapi Mawar tak pernah jumpa adik beradik Mawar dari isteri nombor 3 tu. Mungkin pernah jumpa, tapi lupa sebab masa tu sangat-sangat kecil, umur Mawar 5 tahun,” maklumnya.

Jelasnya, dia sangat gembira bertemu dengan adik kandungnya itu, lebih-lebih lagi dia mengimpikan untuk mempunyai seorang adik.

BACA JUGA: Dua Dekad Cari Anak Hilang Kena Culik, Lelaki Akhirnya Dipertemukan Semula Selepas 22 Tahun

“Jadi selepas 23 tahun, ni lah kali pertama jumpa adik kandung Mawar. Dapat peluk, dapat bercakap, dapat mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Sayang sangat.

“Nama dia ialah Aireen. Aireen ada seorang lagi adik perempuan. Jadi, kira Mawar ada lagi 2 orang lah adik kandung perempuan.

“Selama ni duk rasa anak bongsu, tapi sebenarnya Mawar ada adik lagi sis. Hehe.

“Mawar ni suka ada adik angkat, walaupun anak bongsu sama ibu, sama ayah. Tetapi, saya sentiasa mahukan seorang adik perempuan.

“Jadi sekarang, Alhamdulillah dapat jumpa betul-betul adik kandung. Tambahan lagi, dia seorang yang sangat manis dan cantik dari segi dalaman, luaran dan paling penting dia sangat positif,” tulisnya di media sosial itu.

Gambar: Instagram Mawar Rashid

Tambah Mawar, meskipun berlainan ibu, perasaan sayang sangat menebal dalam jiwanya setiap kali bertemu dengan adiknya itu.

“1001 perasaan yang tak dapat digambarkan dengan perkataan. Rasa terharu, rindu, kasih dan cinta sangat kat adik Mawar ni.

“Lebih-lebih lagi, bila adik Mawar ni muka dia persis dan mirip sangat seperti Arwah Papa Mawar. Rindu sangat kat Arwah Papa.

“Sama-sama kita sedekahkan. Al-Fatihah buat arwah Papa Mawar, Dato, Haji Wan Abdul Rashid,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Sumber: Instagram Mawar Rahsid

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?