Siakap Keli
Tips Elak Getah Nangka Melekat
Kredit TikTok/@nani_norizan

Guna Air Je, Wanita Kongsi Tips Elak Getah Nangka Melekat Pada Pisau & Tangan

Guna Air Je, Wanita Kongsi Tips Elak Getah Nangka Melekat Pada Pisau & Tangan

Buah nangka merupakan sejenis buah yang boleh didapati di negara-negara tropika seperti Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain.

Buah nangka sedap dimakan apabila ia sudah masak ranum dan manis. Selain di makan begitu sahaja, buah nangka yang sudah masak juga sering dijadikan hidangan seperti pengat nangka.

Pengat merupakan sejenis menu manisan yang sering menjadi hidangan minum petang bagi kaum Melayu.

Selain buah yang sudah masak, nangka muda juga sering mendapat perhatian bagi penggemar masakan kampung atau tradisional. Nangka muda seringkali dijadikan hidangan masak lemak di rumah mahupun majlis-majlis kenduri kahwin.

Bagi mereka yang ada pengalaman dalam memproses nangka muda pasti pernah berhadapan dengan getah nangka yang sangat susah untuk ditanggalkan.

Selalunya, orang-orang lama akan menggunakan minyak dengan cara menyapu di tangan dan pisau sewaktu mahu memproses nangka muda tersebut.

Terkini terdapat satu lagi cara mudah untuk memproses nangka muda hanya dengan menggunakan air sahaja.

Untuk mengetahui lanjut teknik memproses berkenaan mari ikuti perkongsian tersebut dalam penulisan pada hari ini. Perkongsian berkenaan telah dilakukan oleh seorang pengguna TikTok bernama @nani_izan.

Guna air yang mengalir untuk buang getah

Menurut wanita tersebut, teknik itu merupakan tradisi bagi keluarganya yang telah lama digunakan untuk memproses nangka muda.

Tambah wanita itu, teknik yang dilakukan oleh keluarganya adalah dengan mengupas kulit nangka sambil dialirkan air paip sampai akhir proses berkenaan.

Kredit TikTok

Getah akan ikut turun bersama aliran air paip tadi dan tidak akan melekat pada pisau yang sedang digunakan.

“InsyaAllah, getah akan turun bersama aliran air. Getah pun tak akan melekat pada pisau dan tangan. Senang kan,” kata wanita berkenaan dalam perkongsian video tersebut.

Kredit TikTok

Menurutnya lagi, terdapat beberapa tempat menggunakan teknik minyak yang disapukan pada tangan dan pisau dalam memproses nangka muda tersebut.

Perkongsian wanita itu sehingga artikel ini ditulis telah mencapai lebih satu juta tontonan daripada pengguna.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan ilmu yang baharu kepada pembaca semua.

@nani_izan

Tenang tenang. Setakat potong sebiji 2 Jangan risau dik, abah akak tak guna sampai setong air pun ya😂 . Cara masing masing kita raikan sahaja 🥰 #tipspotongnangka #lifehacks

♬ original sound – Step In | Racun Tiktok. ✨ – Nani Norizan

Sumber: TikTok/@nani_izan

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.