Guna “Filter” Tua, Wanita Sebak Wajah Mirip Dengan Arwah Ibu
Saban tahun, kita sentiasa disajikan dengan pelbagai evolusi dalam media sosial. Selain aplikasi media sosial baharu yang tumbuh bagaikan cendawan, ciri-ciri yang ada di dalamnya juga mampu menarik perhatian pengguna.
Seperti yang diketahui, kebanyakan media sosial mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan yang paling menarik adalah ciri filter yang digunakan untuk memuat naik gambar atau video.
Aplikasi seperti TikTok khususnya menetapkan pelbagai filter yang bukan terhad kepada suntingan berkaitan pewarnaan sesebuah video semata-mata.
Terdapat pelbagai filter yang mempunyai kesan khas seperti mengubah bentuk muka, permainan, teka perkataan dan sebagainya.
Terbaharu, trend penggunaan filter tua atau Aged di dalam aplikasi itu menjadi perhatian ramai.
Bagi yang belum tahu, ia boleh memperlihatkan bagaimana wajah kita jika sudah berusia.
Ia semestinya digunakan hanya untuk tujuan hiburan semata-mata tetapi nampaknya filter tersebut telah memberikan makna yang mendalam kepada sesetengah orang.
BACA: Patah Leher, Empat Maut Gara-Gara Buat Cabaran TikTok
Filter tua mirip ibu
Seperti seorang pengguna TikTok di Indonesia ini yang sebak apabila filter tua itu mengingatkannya kepada arwah ibunya
Menerusi video itu, @juu_947 berkata ia boleh menjadi ‘pelepas’ rindu kepada ibunya.
“Lepas rinduku melihat wajah ini. Mirip sekali dengan almarhum ibu.
“Semoga ibu selalu bahagia di syurga ya Allah SWT,” katanya menerusi video itu.
Sehingga kini video tersebut telah mendapat sebanyak enam juta tontonan di aplikasi itu dan mendapat pelbagai komen.
“Mata yang berkaca sudah cukup membuktikan betapa sakitnya merindui orang yang sudah tiada. Al- Fatihah,” kata seorang netizen.
Manakala ada juga sesetengah netizen yang berkata bahawa mereka juga mendapat wajah tua yang mirip dengan ibu bapa dan datuk nenek masing-masing.
Bagi mereka yang sudah tiada ibu bapa, pastinya ia serba sedikit akan mengubati kerinduan.
Sementara itu, dalam video lain yang dimuatnaik olehnya, wanita itu telah berkongsi gambar ibunya setelah diminta oleh seorang netizen.
Ada yang berkata bahawa wajahnya sememangnya mirip dengan ibunya.
@juu_947 #rinduibuku semoga ibu selalu bahagia di surga ya Allah SWT. #aamiinyarabbalalamin
Sumber: juu_947
BACA JUGA: (Video) Tak Perlu Guna ‘Filter’ Lagu, Ini Cara Nak Rakam Video Sekali Dengan ‘Background Music’