Taktik Licik Wanita Cuba Seludup 5 Ekor Ular Disorokkan Di Dada Terbongkar
Seorang wanita dilaporkan telah ditahan selepas cuba menyeludup dengan cara menyembunyikan lima ekor ular hidup di badannya, lapor Global Times.
Wanita tersebut telah ditahan oleh pegawai Kastam Shenzen di Wilayah Guandong, China Selatan ketika mahu melintasi sempadan di Pelabuhan Futian di Shenzhen.
Menurut laporan itu, pegawai kastam tersebut mendapati pelancong wanita itu mempunyai bentuk badan yang pelik ketika melalui laluan masuk di pelabuhan Futian.
Penumpang wanita itu kemudiannya diminta untuk melakukan pemeriksaan badan penuh sebelum dibenarkan pergi.
Hasil pemeriksaan badan, pegawai Kastam berjaya menemui lima ekor ular hidup berbalut stokin yang diletakkan di dada penumpang tersebut.
Ular dari spesies ‘corn snake’ itu seterusnya diserahkan kepada jabatan berkaitan bagi proses selanjutnya.
Dalam pada itu, orang ramai berpendapat bahawa tindakan menyembunyikan ular dan cuba menyeludupnya melalui pintu masuk adalah sesuatu perkara yang tidak dapat difahami.
Tindakan itu merupakan sesuatu yang boleh membahayakan keselamatan kepada penyeludup dan penumpang yang lain.
Terdahulu, sebuah video yang dikongsikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di akaun TikTok memaparkan penemuan ular di bahagian penyaman udara sebuah rumah.
Menurut APM, kesemua ular yang ditemui berjumlah enam ekor. Pihak APM juga turut menasihati supaya orang awam lebih peka dengan kehadiran haiwan ini khususnya pada musim panas.
“Depa buat rumah pula dalam aircond, panas panas ni hampa pi check cepat kat rumah hampa, steady je akak @Soley ni pegang 6 ekor terus,”tulis muat naik video tersebut.
BACA: Tak Perlu Kopek Guna Kuku, Lelaki Ajar Cara Sebenar Buka Gula-Gula Lolipop
Abang Bomba Ajar Cara Lepaskan Belitan Ular Sawa Bila Bersendirian
Penulisan pada kali ini akan berkongsikan bagaimana melepaskan belitan ular ketika kita diserang ular sawa sewaktu bersendirian.
Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh seorang individu dipercayai anggota bomba yang menggunakan nama Facebook Farid Squad King Cobra.
Menerusi perkongsian video tersebut, ia memaparkan aksi seorang anggota bomba yang menunjukkan teknik mudah bagaimana mahu melepaskan belitan ular sawa.
Langkah pertama adalah anda perlu pegang dengan kuat kepala ular sawa tadi, kemudian letakkan ia di bahagian bawah pelipat lutut.
Pastikan semasa melakukan teknik ini anda sedang dalam posisi melutut. Pastikan kepala ular tadi dikepit dengan kuat.
Seperti sedia maklum, ular sawa sejenis ular yang tidak berbisa jadi teknik ini selamat digunakan.
Langkah yang seterusnya adalah dengan menarik ekor ular dari arah berlawanan belitan ular sawa tadi.
Sumber: Global Times