Siakap Keli
pekerja twitter kek
Gambar: Twitter @follow chelsey

Unik, Pekerja Twitter Tempah Kek Dengan Tulisan “Rate Limit Exceeded” Sempena Berhenti Kerja

Unik, Pekerja Twitter Tempah Kek Dengan Tulisan “Rate Limit Exceeded” Sempena Berhenti Kerja

Baru-baru ini tular seorang pekerja wanita Syarikat Twitter meraikan hari-hari terakhir perletakan jawatannya dengan meraikan sebiji kek yang tertulis rate limit exceeded, lapor Dexerto.

Seperti yang diketahui, Twitter baru-baru ini mendapat perhatian kerana percubaan untuk mengehadkan ciapan yang boleh dibaca pengguna.

Rate limit exceeded.

“Mohon tunggu sebentar beberapa saat dan ulang kembali,”  tulisan yang tertera di atas kek Twitter tersebut.

pekerja twitter kek
Gambar: Twitter @follow chelsey

Chelsey yang merupakan bekas Pakar Strategi Twitter memuat naik gambarnya yang memegang sebiji kek berwarna biru putih di akaun Twitter rasmi miliknya.

Walau bagaimanapun, Chelsey menjelaskan bahawa kek tersebut hanya gurauan semata-mata.

“Apabila kamu sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengucapkan selamat tinggal. Jadi, gunakan kek.

“Saya secara rasmi meletakkan jawatan dengan rasa syukur. Kek ini hanya gurauan kecil yang menyeronokkan.

“Saya dengan rendah hati meletakkan jawatan dengan melihat peluang lain di masa hadapan.

“Tidak semua pengakhiran dinoktahkan dengan pahit. Kek itu adalah gurau senda untuk rakan-rakan saya yang hebat dan bekas rakan sekerja,” ciap Chelsey dalam satu tweet pada 10 Jun.

Gambar: Twitter @follow chelsey

Kegagalan Dalaman Twitter

Sejak kebelakangan ini, Twitter masih di fasa ‘gelora’ selepas pengunduran Elon Musk sebagai teraju utama syarikat itu yang diambil alih oleh Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Linda Yaccarino.

BACA JUGA: Elon Musk Bukan Lagi Bos, Twitter Kini Diterajui Linda Yaccarino 

Dalam fasa ini, terdapat banyak perubahan yang dilakukan oleh Twitter sekaligus memberi kesan terhadap pengguna harian meskipun terdapat perkara yang perlu dikekalkan.

Tambahan lagi, pada awal bulan Julai Musk sendiri menggariskan rancangan untuk menangani pengikisan data dan manipulasi sistem.

Twitter kini terlibat dalam kes undang-undang kerana pemilik platform itu ingin menyaman pemilik Meta, Mark Zuckerberg. Ia berikutan Mark melancarkan aplikasi terbaharunya, Threads yang dianggap sebagai pesaing bagi Twitter.

Lebih-lebih lagi, aplikasi itu meraih 100 juta pendaftaran pengguna baharu pada minggu pertama sahaja.

Perkara itu membuktikan bahawa aplikasi terbaharu itu mampu bersaing dengan platform media sosial lain.

Sumber: Dexerto

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: