Siakap Keli
RM600 SARa Isnin
Kredit BERNAMA

200,000 Penerima STR Terima RM600 SARa Mulai Isnin – PM Anwar

200,000 Penerima STR Terima RM600 SARa Mulai Isnin – PM Anwar

PUTRAJAYA, 14 Julai (Bernama) — Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-kasih akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak RM600 mulai Isnin ini, bagi mendapatkan keperluan barangan makanan asas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemberian itu merupakan antara pengumuman yang dibuat menerusi aspek Perlindungan Sosial Untuk Rakyat Memerlukan sebagai langkah awal merealisasikan Naratif Ekonomi MADANI sebelum pembentangan Belanjawan MADANI 2024 Oktober depan.

“Kerajaan telah menyediakan STR untuk meringankan kos sara hidup rakyat.

“Perincian berhubung program SARa akan diumumkan dalam masa terdekat,”  kata beliau yang juga Menteri Kewangan ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di sini hari ini.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.