Kuliah Maghrib Ustaz Ahmad Dusuki Di Masjid Datok Andak Serkam Pantai Terpaksa Dibatalkan
Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani pada hari ini memaklumkan bahawa kuliah Maghrib yang bakal diadakan di Masjid Datok Andak Serkam Pantai, Melaka telah dibatalkan.
Kuliyah yang dijadualkan berlangsung pada malam ini telah diumumkan batal oleh Ustaz Ahmad Dusuki sendiri menerusi perkongsian muat naiknya di Facebook miliknya.
Menurutnya, kuliah Maghrib itu terpaksa dibatalkan atas arahan daripada pihak tertentu.
Sementara itu, Ustaz Ahmad Dusuki juga sempat memohon maaf kepada penduduk negeri Melaka kerana tidak dapat menyampaikan kuliah tersebut.
“Dukacita dimaklumkan bahawa kuliyah maghrib UAD yang akan diadakan di Masjid Datok Andak Serkam Pantai, Melaka pada malam ini, 14 Julai 2023 terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu
“Mohon maaf kepada penduduk Negeri Melaka kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di tempat anda,” tulis muat naik hantaran tersebut.
Kuliah UAI Di Bandar Tun Razak Ahad Ini Dibatalkan, Ini Sebabnya
Sebelum ini, Ustaz Azhar Idrus (UAI)turut mengumumkan pembatalan kuliah Maghribnya yang bakal diadakan di Kuala Lumpur.
Kuliah Maghrib Perdana yang bakal diadakan di Bandar Tun Razak, Cheras pada Ahad ini terpaksa dibatalkan.
Menerusi perkongsian di Facebook, UAI meminta maaf kepada orang ramai kerana tidak berkesampaian untuk menyampaikan kuliah berkenaan.
Difahamkan, UAI hanya memaklumkan kuliah tersebut terpaksa dibatalkan atas arahan pihak berkaitan namun tidak mengemukakan sebab-sebab lain.
“Dukacita dimaklumkan bahawa Kuliah Maghrib Perdana UAI yang akan diadakan di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak pada 16 Julai 2023 terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.
“Mohon maaf kepada warga Kuala Lumpur dan rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di tempat anda,” katanya pada Khamis.
BACA: Bukan Saja-Saja Letak, Ini Fungsi Lubang Kecil Pada Topi
Sebelum memasuki bulan Julai, UAI pada lewat Jun telah mengeluarkan jadual kuliah baharu yang memaparkan lokasi masjid dan surau yang akan beliau hadiri.
Lokasi ceramah tersebut, kebanyakannya diadakan di Terengganu susulan penceramah itu merupakan anak kelahiran negeri berkenaan.
Pun begitu hanya beberapa lokasi yang melibatkan negeri lain seperti Pahang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Sumber: Facebook/Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani