Siakap Keli
musk one-punch man zuckerberg
Gambar: AFP

Lawan Zuckerberg, Elon Musk Dedah Nak Guna Teknik Tumbukan “One-Punch Man” Nanti

Lawan Zuckerberg, Elon Musk Dedah Nak Guna Teknik Tumbukan “One-Punch Man” Nanti

Pertarungan epik antara dua billionaire, Elon Musk dengan Mark Zuckerberg sudah tentu dinanti-nantikan banyak pihak. Bahang pertarungan dua manusia antara yang terkaya dan berpengaruh di dunia ini dapat dirasai sejak ura-ura tersebar mereka mahu berentap di dalam gelanggang.

Walaupun tiada siapa yang dapat memastikan sama ada pertarungan ini benar-benar terjadi, namun beberapa pihak menunjukkan minat yang serius untuk merealisasikan impian banyak pihak ini.

Idea pertarungan itu tercetus selepas cabaran terlebih dahulu dilontarkan oleh Musk kepada Zuckerberg. Manakala beberapa media melaporkan Zuckerberg berkemungkinan berminat untuk menyahut cabaran berkenaan.

Musk guna teknik One-Punch Man lawan Zuckerberg nanti

Salah seorangnya adalah Presiden UFC, Dana White yang dilapor sudah pun mempunyai perancangan serta tarikh yang boleh dikemukakan kepada kedua-dua pihak.

”100 peratus yakin mereka mahukan pertarungan ini. Saya sudah ada tarikhnya. Pengumuman akan dibuat apabila kami sudah bersedia, tetapi ia bukanlah pertarungan UFC 300,” katanya.

Dalam pada itu, Musk dan Zuckerberg juga dilapor sudah membuat persediaan rapi sejak berita pertarungan mereka tersebut tersebar.

Menerusi foto-foto yang tular, Zuckerberg kini dikatakan sedang giat membuat persediaan, termasuk mendapatkan bantuan pakar seni mempertahankan diri.

Buat masa ini, CEO Meta Inc. itu dilapor sedang berlatih seni mempertahankan diri jiujitsu dibawah penyeliaan Dave Camarillo. Manakala, Musk sendiri juga dikatakan tidak berdiam diri dan aktif berlatih dibawah legenda UFC, Georges St-Pierre.

Malah, Musk juga begitu teruja dengan prospek pertarungan ini dan sering melakukan acahan bagi menghangatkan suasana menerusi Twitter.

Terbaru, beliau mendedahkan beberapa strategi yang bakal digunakan oleh beliau kelak, salah satunya adalah teknik tumbukan yang mahu digunakan nanti.

”Ketika bertarung nanti, saya akan menggunakan teknik daripada Inspektor Clouseau yang terkenal…Saya juga akan menggunakan teknik tumbukan One-Punch Man,” katanya.

One-Punch Man adalah siri manga dan anime terkenal dari Jepun yang mengisahkan seorang pemuda, Saitama yang menjadi hero melawan kejahatan di bandarnya.

Saitama bagaimanapun berdepan dengan satu masalah apabila dia memiliki kekuatan yang amat luar biasa. Rata-rata musuh yang dihadapinya berjaya ditumbangkan dengan hanya menerusi satu tumbukan sahaja.

Disebabkan dia bermula sebagai hero kelas rendah, ramai yang menganggap Saitama adalah penipu. Saitama didakwa mengambil kesempatan dan hanya muncul saat akhir apabila musuhnya sudah lemah bertarung dengan hero-hero yang lain.

Selain itu, Saitama sendiri juga merasa sedikit bosan untuk menjalankan tanggungjawabnya kerana sukar bertemu dengan lawan yang sepadan.

Jadi, apakah Musk benar-benar dapat tumbangkan Zuckerberg dengan satu tumbukan ala-ala Saitama? Sama-sama kita nantikan.

BACA: Dr Zaliha Ucap Takziah Atas Pemergian Adik Maisarah, Kes Kini Disiasat Pihak Berkuasa

Sumber: Twitter Elon Musk

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.