Cat Farish Dedah, Shikin Maembong Mula Jatuh Cinta Saat Tengok Dirinya Lap Pisang
Cat Farish pada hari ini telah berkongsikan momen-momen ketika Isterinya, Shikin Maembong mula jatuh hati pada dirinya, lapor Astro Gempak.
Menurut Cat, Shikin mula jatuh hati padanya sewaktu dia membantu Shikin yang juga merupakan peniaga makanan berasaskan buah pisang.
“Dia tengok saya lap pisang dia dah jatuh cinta. Dia peniaga, pisang itu pula satu guni, ada wap dan basah.
“Kemudian saya ambil pisang itu dan lap hingga kering. Dia pula seperti terharu dengan tindakan saya. Alhamdulillah sekarang dah kahwin,” kata Cat.
Perkongsian itu dikongsikan oleh Cat selepas ditemui usai majlis akad nikah bersama Shikin yang berlangsung di Asiana Grand Hall, Setapak pada Khamis lalu.
Sementara itu, Shikin atau nama sebenarnya Siti Nur ‘Ashikin Ismail berkata bahawa tindakan Cat itu telah menyentuh hatinya. Ia juga menjadi bukti bahawa suaminya itu menghargai kerjaya seorang peniaga.
“Selama ini kita berniaga sorang-sorang, nak orang terima kita seadanya tu susah. Biasanya, kalau berkawan pun, orang tengok berniaga, oh biar dia susah-susah seorang saja.
“Tapi dia lain, bila susah, susah bersama. Sebab itu bila tengok dia menghargai pisang yang kalau pekerja saya, dia longgokkan…
“Tapi Cat dia tahu hargai nilai nak berniaga itu. Jadi susah senang bersama-sama,” kata Shikin berkongsi pengalamannya dalam mengenali Cat.
Dengan Sekali Lafaz, Cat Farish & Shikin Maembong Sah Bergelar Suami Isteri
Terdahulu, penyanyi dan komposer, Cat Farish pada malam Jumaat lalu sah bergelar suami kepada kakak pelakon terkenal Emma Maembong iaitu Chacha Maembong dengan sekali lafaz, lapor Sinar Harian.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Ibnu Abbas Taman Ibu Kota, Mohd Shukri Shafie berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong.
Majlis pernikahan itu hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan terdekat serta beberapa rakan media.
Selain itu, Shikin juga telah menerima mas kahwin sebanyak RM200 manakala wang hantaran tidak didedahkan umum oleh pasangan tersebut.
Dalam majlis itu,Cat Farish atau nama sebenarnya Farish Ramli, 49, telah menyerahkan tiga dulang hantaran dan dibalas lima dulang oleh Shikin.
Sumber: Astro Gempak