Siakap Keli
aeon sunway pyramid tutup
Gambar: Sunway REIT

AEON Sunway Pyramid Tutup Operasi Hujung Bulan Ini

AEON Sunway Pyramid Tutup Operasi Hujung Bulan Ini

PASAR raya besar terkemuka, AEON cawangan Sunway Pyramid di Subang Jaya dilapor akan menutup operasinya secara rasmi selepas 16 tahun beroperasi.

Memetik kenyataan Sunway Pyramid di Facebook, difahamkan cawangan pasar raya besar itu akan menamatkan operasi perniagaannya pada 31 Julai ini.

“Lion (ikon Sunway) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat AEON atas ‘jasa baiknya’ menyediakan keperluan komuniti ketika tempoh baik dan sukar selama 16 tahun.

“Dengan berat hati, Lion ingin mengucapkan selamat tinggal dan marilah bersama-sama mencipta kenangan terakhir dengan mengunjungi AEON buat kali terakhir sebelum 31 Julai (2023),” maklum kenyataan itu.

Difahamkan, pusat beli-belah tersebut dikatakan bakal melalui fasa baharu, bertujuan untuk mencipta suasana lebih moden dan segar di setiap sudut ruangannya.

Untuk rekod, AEON cawangan Sunway Pyramid sudah beroperasi sejak 16 tahun yang lalu, iaitu bermula 2007 sehingga Julai tahun ini.

Sumber: FB Sunway Pyramid

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.