Siakap Keli
4 dalang pesawat mh17
Kredit: Prosecution Service, BERNAMA

Kenali Empat Dalang Tragedi MH17, Bukan Orang ‘Biasa-biasa’

Kenali Empat Dalang Tragedi MH17, Bukan Orang ‘Biasa-biasa’

Hari ini genap sembilan tahun berlakunya tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh dalam satu nahas pada 2014 yang lalu.

Pesawat itu terhempas selepas terkena peluru berpandu Buk buatan Rusia di timur Ukraine, siasatan selama 15 bulan oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) ditemui pada Oktober 2015.

Tragedi tersebut meragut nyawa 283 penumpang, termasuk 80 kanak-kanak, 43 rakyat Malaysia dan 15 anak kapal berada di dalamnya. 

Semasa kejadian pada 17 Julai 2014, pesawat Boeing 777 itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum ia ditembak jatuh di timur Ukraine.

Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) yang diketuai Belanda membuat kesimpulan pada Mei 2018 bahawa sistem peluru berpandu itu milik briged Rusia.

Susulan itu, waran tangkap antarabangsa telah dikeluarkan kepada empat suspek yang kini merupakan tertuduh yang didakwa terlibat dalam membawa peluru berpandu ke kawasan timur Ukraine.

Berikut merupakan identiti dan peranan empat tertuduhterbabit kepada Rusia dan Ukraine:

Identiti empat tertuduh

kredit: Awani

Tertuduh yang mula dibicarakan pada 9 Mac 2020 dan dinamakan oleh JIT ialah Igor Girkin, Sergei Dubinsky, Oleg Pulatov dari Rusia dan Leonid Kharchenko dari Ukraine.

Igor Girkin

Pendakwa raya Belanda, Fred Westerbeke yang merupakan bekas kolonel dalam perkhidmatan perisikan FSB Rusia mengatakan Igor Girkin yang juga dikenali sebagai Strelkov adalah yang paling menonjol daripada empat tertuduh yang lain.

Difahamkan, Girkin diberi gelaran ‘menteri pertahanan’ di kota Donetsk di timur Ukraine yang dikuasai pemberontak.

Girkin juga dipercayai sebagai pegawai tentera tertinggi di kawasan itu yang berhubung secara terus dengan Persekutuan Rusia.

Semasa kes tersebut dibicarakan, Girkin mengatakan bahawa pihak militan tidak menembak jatuh Boeing 777 itu.

Sergei Dubinsky

Manakala, Dubinsky yang dikenali sebagai Khmury merupakan perisikan tentera Rusia (GRU), dan juga timbalan Girkin yang sentiasa berhubung rapat dengan Rusia.

Oleg Pulatov

Sementara itu, pesalah ketiga yang dikenali sebagai Giurza adalah bekas tentera pasukan khas GRU.

Pulatove juga adalah timbalan ketua perkhidmatan perisikan di Donetsk, menurut JIT.

Leonid Kharchenko

Pesalah terakhir, yang tidak mempunyai latar belakang tentera merupakan warga Ukraine yang dikenali Kharchenko.

Dia mengetuai unit tempur sebagai komander di timur Ukraine, menurut pendakwa raya.

Keempat-empat tertuduh ini dilihat memainkan peranan penting dalam kematian 298 orang awam yang tidak bersalah.

Menurut Westerbeke, walaupun mereka tidak menekan butang untuk melancarkan peluru itu namun tertuduh disyaki bekerjasama rapat untuk mendapatkan pelancar peluru berpandu di tempatnya dengan tujuan untuk menembak jatuh sebuah kapal terbang.

Imbas kembali, Mahkamah Daerah The Hague pada 17 November tahun lalu memutuskan bahawa Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Leonid Kharchenko bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat MH17 pada 2014.

Bagaimanapun, mahkamah itu membebaskan seorang lagi warga Rusia iaitu Pulatov daripada pertuduhan sama.

BACA: Malaysia Berpegang Teguh Cari Kebenaran, Keadilan Bagi Pesawat MH17

MH17 ditembak jatuh

Kredit: BBC

Pada 17 Julai 2014, pesawat MH17 meninggalkan Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam pada 10:31 GMT dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 22:10 GMT.

Bagaimanapun, pesawat itu terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pada 13:20 GMT, ketika berada kira-kira 50 kilometer (30 batu) dari sempadan Rusia-Ukraine.

Kredit: CNN

Semasa tempoh kejadian, DSB berkata peluru berpandu itu meletup tepat di atas dan di sebelah kiri kokpit yang menyebabkan pesawat itu pecah di udara.

Nahas itu disebabkan oleh letupan peledak jenis 9N314M buatan Rusia yang dimasukkan pada peluru berpandu 9M38M1, yang dilancarkan dari bahagian timur Ukraine menggunakan sistem peluru berpandu Buk.

Peluru meletup kira-kira empat meter di atas hujung hidung pesawat di sebelah kiri kokpit, menghujani struktur pesawat dengan serpihan kepala peledak.

Bahagian hadapan pesawat telah ditembusi oleh ratusan objek bertenaga tinggi dari kepala peledak.

Ia kemudiannya membunuh tiga anak kapal di kokpit serta-merta dan menyebabkan pesawat itu pecah secara berperingkat sebelum terhempas ke darat.

Malaysia Berpegang Teguh Cari Kebenaran, Keadilan Bagi Pesawat MH17

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) mengesahkan Malaysia akan berpegang teguh dalam mencari kebenaran, keadilan dan akauntabiliti atas tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17.

Dalam satu kenyataan yang memperingati tragedi itu, hari ini merupakan ulang tahun kesembilan pesawat MH17 jatuh.

Pada 17 Mac lalu, Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada mesyuarat sesi ke-228 telah memutuskan untuk meneruskan pendengaran berhubung Penyelesaian Perbezaan antara pihak yang berkonflik

“Hari ini menandakan ulang tahun kesembilan tragedi jatuhnya pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17.

“Keputusan kes jenayah mengenai tragedi pesawat MH17 telah disampaikan oleh Mahkamah Daerah The Hague di Belanda pada 17 November 2022.

“Kesimpulan itu menandakan satu peristiwa penting dalam mendedahkan kebenaran dan mewujudkan keadilan untuk semua 298 mangsa dan waris mereka, termasuk 43 rakyat Malaysia yang berada di dalam pesawat yang ditakdirkan itu.

“Namun begitu, usaha mencari keadilan tidak berakhir dengan perkembangan ini.

“Malaysia bertekad bahawa proses itu mesti merungkai kebenaran, keadilan dan akauntabiliti,” kata kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

MOT turut mengulangi rasa simpati dan memberi ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Kami berasa simpati dan ucap takziah kepada keluarga dan orang tersayang mangsa nahas Penerbangan MH17,” ujar kenyataan itu.

BACA JUGA: Malaysia Berpegang Teguh Cari Kebenaran, Keadilan Bagi Pesawat MH17

Sumber: BBC (1), (2), Awani

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.