Siakap Keli
beza batu bata merah pasir
Kredit: TikTok

Kenapa Bata Merah ‘Dibasahkan’ Sebelum ‘Diplaster’? Ini Bezanya Dengan Bata Pasir Ramai Tak Tahu

Kenapa Bata Merah ‘Dibasahkan’ Sebelum ‘Diplaster’? Ini Bezanya Dengan Bata Pasir Ramai Tak Tahu

Pemilihan jenis batu bata yang bersesuaian adalah antara aspek terpenting yang perlu dititikberatkan oleh mana-mana individu yang berhajat untuk membina rumah.

Batu bata boleh disifatkan antaran bahan binaan paling utama kerana tanpa batu-bata, tiadalah dinding rumah, kan Dinding pula penting untuk melindungi penghuni daripada pelbagai ancaman seperti cuaca ekstrem, haiwan liar dan sebagainya.

Hari ini, terdapat pelbagai jenis batu bata di pasaran mengikut jenis, fungsi dan kebaikannya kepada si pemilik rumah. Namun begitu, dalam pembinaan biasanya hanya ada dua jenis batu bata yang popular, iaitu batu bata merah dan batu bata pasir.

Disebabkan kedua-dua batu bata ini sering digunakan dalam projek pembinaan, sudah tentu ramai yang masih keliru untuk memilih manakah batu bata yang bersesuaian dengan projek mereka.

Jangan risau, seorang pengguna TikTok, Ang Kok Gei (@guoyiakg) berkongsi perbezaan antara kedua-dua jenis batu bata ini.

Beza batu bata merah dan pasir ini dapat dilihat menerusi lima faktor ini. Pertama sekali, kedua-dua batu bata menggunakan bahan yang berbeza.

Batu bata merah diperbuat daripada campuran tanah liat yang dibakar pada suhu yang tinggi. Manakala, batu bata pasir pula diperbuat dari campuran pasir dan simen dan dibiarkan sehingga kering.

batu bata merah pasir beza
Kredit: TikTok

Dari segi kekuatan dan ketahanan, kedua-duanya tidak memiliki perbezaan yang signifikan. Sungguhpun begitu, anda boleh mengenal pasti kualiti batu bata merah melalui bunyi nyaring yang dihasilkan apabila batu tersebut dihentak.

Selain itu, kedua-dua batu bata memiliki daya tahan haba yang berbeza dan kali ini, batu bata merah menjadi kegemaran orang ramai.

Hal ini disebabkan, suhu dalam rumah yang diperbuat daripada batu bata merah jauh lebih sejuk berbanding rumah yang diperbuat daripada batu bata pasir.

Seterusnya, batu bata merah dan batu bata pasir turut memiliki perbezaan ketara dari segi penyerapan air. Batu bata merah mempunyai kadar serapan air yang tinggi.

Oleh sebab itu, sebelum meletakkan plaster, batu bata ini perlu ‘disiram’ dengan air secukupnya supaya tidak menyerap air daripada plaster hingga mudah terkopek.

Menuruk Kompas.com, ada juga tukang yang akan merendam bata merah dalam air terlebih dahulu atas tujuan yang sama.

Akhir sekali, harga bagi kedua-dua batu bata ini jauh berbeza. Kali ini, batu bata pasir menjadi pilihan ramai kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding batu bata merah.

Kata Ang, walaupun murah, jangan ragu-ragu kerana kedua-dua jenis batu bata ini memiliki pengesahan dari pihak SIRIM dan Bomba.

Dengan ini, kedua-duanya selamat digunakan untuk membina infrastruktur kediaman idaman anda.

@guoyiakg

Perbezaan Batu Bata Merah & Pasir. #atkc #atkchardware #ewarehouse #kedaihardware #angkokgei #ahgei #ihsanaditya #batubata #batubatamerah #batupasir #simen #bahanbinaan @ATKC eWarehouse

♬ original sound – Kok Gei Ang – Ang Kok Gei

BACA: Malaysia Dahulu Senarai 10 Tempat Selamat Untuk Bersara Di Asia

Sumber: @guoyiakg via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.