Siakap Keli
fasha anak al-quran
Kredit: @fashasandha/Instagram

Fasha Sandha Panjat Rasa Syukur, Anak Dah ‘Naik’ Al-Quran

Fasha Sandha Panjat Rasa Syukur, Anak Dah ‘Naik’ Al-Quran

‘Berhijrah’ dari kitab Muqaddam, pelakon tanah air, Fasha Sandha memanjatkan rasa syukur apabila anak perempuannya, Putri Rasya Jemyma telah meningkatkan tahap bacaan ayat suci ke peringkat mushaf al-Quran.

Menerusi perkongsian di Instagram, dia berkata meskipun anaknya sedikit terlambat untuk memasuki peringkat tersebut akibat pandemik yang terlalu lama namun dia tetap bangga dengan pencapaian anaknya.

Jemyma yang kini berusia 8 tahun itu telah mula membaca al-Quran sejurus khatam daripada Muqaddam.

“Syukur Alhamdulillah. Putri Raysha Jemyma, kenangan naik al-Quran pada usia lapan tahun.

“Syukur, walau sedikit terlambat naik al-Quran kerana pandemik terlalu lama.

“Kami tetap berbangga dengan kejayaan semua anak-anak,” tulisnya pada Isnin.

Kredit: @fashasandha/Instagram

Meskipun tidak seperti yang lain, baginya biarkan lambat asalkan berjaya menggapai apa yang diingini.

Dia turut meluahkan rasa berterima kasih kepada ustazah yang memberi tunjuk ajar kepada anaknya dalam mengenal ayat bacaan ayat suci al-Quran.

“Terima kasih ustaz (dan) ustazah kerana membimbing anak kami. Syukur Alhamdulillah.

“Simpan sini untuk kenangan. Anakku sayang, semoga mendapat berkat dari Allah SWT,” ujarnya.

Bekas suami turut hadir

Kredit:@fashasandha/Instagram

Dalam pada itu, bekas suaminya Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli turut hadir bagi meraikan momen yang berharga buat anak kandungnya, Jemyma.

Mereka turut bergambar secara beramai-ramai termasuk suami aktress, Aidil Aziz.

Dalam gambar itu juga, mereka juga bergambar bersama ustazah yang mengajar anaknya mengaji, memberi penghargaan kepadanya selain mahu menyimpan detik-detik terharu itu.

BACA: Bekas Jurulatih Kebangsaan, B Sathianathan Meninggal Dunia

Reaksi warga maya

Menjengah di ruangan komen ramai yang turut menzahirkan rasa syukur terhadap kejayaan anak pelakon itu.

Sesetengah mereka juga ada yang mengatakan kehadiran Jejai untuk menyaksikan kejayaan anaknya adalah satu keputusan yang tepat.

“Bagusnya Fasha hargai anak macam ini. Mesti Jemyma ingat sampai bila-bila. Tahniah Jemyma,” komen netizen.

“Bagusnyala Jejai ini. setiap detik penting anak dia mesti dia ada. Ayah (yang) terbaik,” kata warga maya.

“Bagus macam ini. Walaupun dah bercerai masih baik, masih sama-sama peduli soal anak. Emosi dan mental anak tak tercalar,” ujar mereka lagi.

Sumber: @fashasandha/Instagram

BACA: Janna Nick Sah Jadi Isteri Dini Schatzmann Dengan Sekali Lafaz

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.