Siakap Keli
Cakra khan agt
Gambar: Twitter

Mara Ke Peringkat Seterusnya, Suara Serak Basah Cakra Khan Pukau Penonton & Juri Di AGT 

Mara Ke Peringkat Seterusnya, Suara Serak Basah Cakra Khan Pukau Penonton & Juri Di AGT 

Nyanyian merdu penyanyi kelahiran Indonesia, Cakra Khan berjaya memukau keempat-empat juri di rancangan pencarian bakat America’s Got Talent (AGT) 2023 yang berlangsung pada petang Selasa semalam di Amerika Syarikat.

Pelantun lagu Harus Terpisah itu berjaya mara ke peringkat seterusnya selepas mendapatkan standing ovation dan 4 Yes daripada juri.

Di atas pentas AGT 2023 tersebut, Cakra berjaya menambat hati kesemua juri setelah melantunkan lagu No Woman No Cry.

Pun begitu, beliau pada awalnya menyanyikan sebuah lagu Make It Rain. Walau bagaimanapun, salah seorang juri, Simon Cowell memintanya untuk menghentikan nyanyian tersebut. Sebaliknya Simon meminta Cakra Khan untuk menyanyikan lagu lain.

“Saya kurang berminat dengan treknya. Bolehkah awak membawakan lagu lain?,” tanya Simon kepadanya.

Jelas Cakra, terdapat satu lagu yang sering dipasang oleh ayahnya sewaktu dia membesar.

“Ya, saya dibesarkan dengan lagu Bob Marley, dan Allahyarham ayah saya sering memainkan lagu ini setiap saat sebelum saya pergi ke sekolah.

“Jadi ini, No Women, No Cry,” jawab penyanyi terbabit.

Penonton Terkesima

Gambar: Twitter

Ketika menyanyikan semula lagu kedua itu, para penonton memberikan sorakan dan tepukan gemuruh dengan persembahan yang ditampilkan olehnya.

Bukan sahaja itu, suara serak-serak basah lelaki itu membuatkan para penonton bangkit dari tempat duduk dan bernyanyi bersamanya.

Dapat Pujian Para Juri AGT 2023

Cakra khan agt
Gambar: Twitter

Sejurus selesai menyanyi, salah seorang juri, Sofia Vergara berkata “Bravo”. Manakala seorang lagi juri, Heidi Klum menyatakan penyanyi itu mempunyai suara yang unik, khas dan serak-serak seksi.

Sementara itu, Simon turut memberikan komen bahawa dia lebih mengenali Cakra menerusi persembahan kedua meskipun sempat meminta nyanyian pertama dihentikan.

“Jarang sekali saya mendengarkan suara seperti ini. Lagu yang kedua membuatkan saya lebih tertarik untuk mengenal awak (Cakra) dan ia menbuatkan saya berasa awak bukan sekadar seorang artis.

“Saya sangat suka dengan suara awak. Saya sukakannya,” ujarnya sewaku berada di meja juri.

BACA JUGA: Nyanyian Runtun Hati Ramai, Putri Ariani Raih “Golden Buzzer” Di AGT

Howie Mendel yang juga juri memuji suara Cakra dan menganggap ia unik dan mudah diingati.

“Sangat memukau, suara yang unik, semua orang berdiri dan kami dapat merasakan emosinya, Awak sangat hebat,” katanya.

Luah Rasa Syukur

Dalam pada itu, Cakra Khan dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya juga meluahkan rasa syukur.

“Bismillah, Assalamualaikum semuanya. Hi semua, saya cuma ingin mengucapkan terima kasih atas segalanya. Saya bersyukur kerana ada anda semua dalam perjalanan saya @agt @agtauditions .

“Semoga Allah SWT membalas kebaikan teman-teman semuanya.

“Lagu ini memberikan makna yang cukup mendalam kepada saya, Lagenda Tuan Bob Marley,” tulisnya di platform tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CKhan✨ (@cakra.khan)

Sumber: CNN Indonesia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?