Siakap Keli
air laut masin
Kredit: Sea Research Foundation and the Ocean Exploration Trust

Pernah Terfikir Macam Mana Air Laut Jadi Masin, Mana Datangnya Garam? Ini Jawapannya

Pernah Terfikir Macam Mana Air Laut Jadi Masin, Mana Datangnya Garam? Ini Jawapannya

Alam ciptaan Tuhan ini sememangnya penuh dengan misteri. Setiap hari, ada sahaja penemuan baharu yang mengagumkan dibuat seterusnya menjadi bukti kebesaran Yang Maha Menciptakan.

Contohnya, pernah tak ketika anda mandi-manda di laut, anda tertelan air dan mendapati rasa air tersebut masin. Masinnya bukan biasa-biasa, tetapi masinnya hingga terasa pahit sampaikan biji mata boleh terbeliak.

Walaupun hari-hari kita makan makanan yang ditambah garam, rasanya belum pernah lagi bertemu dengan rasa masin setanding dengan rasa masin air laut.

Macam mana air laut boleh jadi masin?

Lalu, timbul persoalan di minda, bagaimanakan air laut boleh menjadi masin? Daripada mana rasa masin ini datang? Kenapa berbeza dengan air tawar yang tiada rasa masin?

Menurut Perkhidmatan Laut Kebangsaan Amerika Syarikat (NAA), rasa masin atau garam yang berada di lautan datang dipercayai berasal daripada dua sumber.

Dua sumber berkenaan adalah daripada air dari daratan manakala sumber kedua pula berasal daripada bukaan yang terdapat di dasar laut.

Garam dari daratan

Batu-batuan pada daratan diyakini menjadi sumber utama bagi kandungan garam yang terlarut dalam air laut. Air hujan yang turun di kawasan daratan didapati bersifat sedikit berasid, maka ia sedikit sebanyak menghakis batu-batuan.

Kejadian itu membebaskan ion-ion,  yang kemudian dibawa mengalir menerusi saliran-saliran dan memasuki sungai-sungai. Sungai-sungai itu seterusnya mengalir sebelum tiba dan berakhir di lautan. Ia juga menjadi destinasi terakhir ion-ion ini.

Kebanyakan ion yang terlarut itu digunakan organisma-organisma di lautan dan kandunganya ‘hilang’ daripada lautan. Bagaimanapun, bagi ion-ion yang tidak digunakan, kadar kepekatannya sentiasa meningkat dari masa ke masa.

Garam dari bukaan tengah lautan

Selain itu, garam di lautan juga didapati berpunca daripada cecair hidrotermal yang berasal dari rongga-rongga pada dasar lautan.

Air laut akan meresap melalui rekahan yang terdapat pada dasar lautan dan dipanaskan oleh magma yang berada pada bahagian teras Bumi.

Haba tersebut telah mencetuskan beberapa siri reaksi kimia. Air cenderung untuk kehilangan kandungan oksigen, mangnesium dan sulfat.

Pada masa yang sama, air cenderung untuk ‘mengutip’ kandungan logam seperti besi, zink dan kuprum daripada batu-batu yang berdekatan.

Air panas tersebut kemudian ‘dilepaskan’ melalui rongga-rongga yang terdapat pada dasar lautan dan membawa kandungan logam bersamanya.

Selain itu, garam lautan juga datang dari letupan gunung berapi yang berada di dasar lautan, yang mana ia membebaskan mineral bersama ke lautan secara terus.

Kubah garam turut didapati menyumbang kepada kemasinan air lautan. Pada kubah-kubah ini, terdapat mendapan garam yang besar yang terbentuk mengikut skala masa geologi dan ditemui di bawah tanah serta bawah laut di seluruh dunia.

Menurut NAA lagi, kubah-kubah garam ini biasa ditemui merentasi pelantar benua di barat laut Teluk Mexico.

Terdapat dua jenis ion yang banyak dijumpai di dalam air lautan iaitu ion klorida dan natrium. Dengan kedua-duanya, ion-ion ini membentuk kira-kira 85 peratus ion terlarut di dalam lautan.

Manakala, magnesium dan sulfat pula membentuk kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan ion di lautan. Beberapa ion lain pula ditemui dalam kadar kepekatan yang sangat rendah.

Kepekatan garam dalam air laut adalah berbeza-beza mengikut suhu, kadar penyejatan serta kadar kerpasan.

Kemasinan air lautan biasanya kurang di kawasan Khatulistiwa dan di kedua-dua kutub. Manakala, kadar kemasinan tinggi di pertengahan latitud.

BACA: Malaysia Dahulu Senarai 10 Tempat Selamat Untuk Bersara Di Asia

Sumber: National Ocean Service, BBC Unplugged

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma