Siakap Keli
kapten pasukan kedah PN
Kredit Sinar Harian

Bekas Kapten Pasukan Kedah Antara Calon PN Bakal Bertanding Untuk PRN – Sanusi

Bekas Kapten Pasukan Kedah Antara Calon PN Bakal Bertanding Untuk PRN – Sanusi

Dua bekas pemain bola sepak Kedah dilaporkan antara calon yang disebut-sebut menjadi calon bagi Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi sesi kali ini, lapor Sinar Harian.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah memberi bayangan senarai calon tersebut. Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan nama dua pemain itu.

Namun antara dua nama yang disebut-sebut sebagai calon PN pada 12 Ogos depan adalah bekas ketua pasukan Kedah, Muhamad Radhi Mat Din dan Baddrol Bakhtiar.

“Tuan-tuan sekalian, 12 Ogos ini undilah Perikatan Nasional untuk musim kedua perpindahan (penggal baharu), kita akan ada dua profesor mewakili kita. Pemain bola ada dua, ustaz dan ulama tak payah kira (banyak).

“Serta seorang panglima yang duduk di hadapan (atas pentas ceramah) akan mengetuai senarai calon itu,” katanya ketika berucap dalam sebuah program. Program ceramah ‘Taujihat Pimpinan: Munajat perdana mohon keamanan dan menentang kezaliman’ telah diadakan di Dewan Al-Hana, Sik pada malam Khamis.

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PN memaklumkan bahawa selain dua pemain bola sepak popular itu, PN Kedah juga akan mempertaruhkan dua ahli parti bertaraf profesor. Malah sebahagian besar calon PN juga terdiri daripada golongan agamawan dan ulama.

Optimis mampu mengambil alih pentadbiran kerajaan Persekutuan sekiranya PN menang

Sementara itu, sekiranya menang di kesemua enam negeri dalam PRN tersebut, Sanusi optimis bahawa PN tidak perlu menunggu lama dalam mengambil alih pentadbiran kerajaan Persekutuan sekiranya mereka menang.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) jalan merata la (sekarang) ni. Dia drebar bas (Kerajaan Perpaduan), kena bagi drebar bas tersedar sebab bas dah melilau nak jatuh gaung.

“Enam negeri PRN kena bagi PN menang, untuk selamatkan rakyat atas bas. Anwar kita lempar ikut pintu kecemasan (bas), kalau PN menang PRN tak perlu tunggu lama humban mereka keluar dari Putrajaya,” ujarnya.

Tambah Sanusi lagi, dia akan terus berjuang mempertahankan kebenaran walaupun berhadapan dengan cabaran dan serangan peribadi.

“Kalau nak saman Sanusi sebab jadi budak nakal, saya tak akan berhenti sebab saya dilahirkan untuk melawan,” ujarnya sinis.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.