“Hampir Hilang Nyawa…”, Wanita Muntah & Gatal Satu Badan Selepas Makan “Donut Peach”
Sejak beberapa minggu yang lalu, nama buah donut peach menjadi bualan warga maya di Malaysia dan trending di media sosial.
Menurut Specialty Produce, ‘Donut Peach‘ adalah sejenis buah yang bersaiz medium, memiliki diameter kira-kira tujuh hingga sembilan sentimeter (cm).
Buah ini berbentuk bulat dan rata dan kesan lengkuk pada bahagian tengahnya, yang mana menjadikan bentuknya seakan-akan donat.
Kulitnya yang nipis biasanya berwarna kuning atau jingga dan memiliki sedikit warna putih gading kemerahan. Manakala tekstur kulitnya pula seakan-akan baldu.
Isinya pula lembut dan berjus berwarna putih. Buah ini juga memiliki kandungan asid yang rendah dan memiliki rasa manis seperti gula-gula dan sedikit rasa almond.
Difahamkan, ‘Donut peach’ yang berasal dari China ini boleh didapati pada lewat musim bunga dan sepanjang musim panas.
Sungguhpun begitu, tidak semua orang boleh memakan ‘Donut Peach‘ ataupun buah-buahan pic secara umumnya.
Menurut Xcode Life, alahan terhadap pic merupakan perkara yang biasa dan boleh berlaku. Alahan yang terjadi pada seseorang itu sama ada alahan terhadap buah itu sendiri atau alahan kepada debunga birch.
Ramai orang yang alah terhadap debunga birch mungkin akan mengalami gejala alahan ketika memakan pic kerana terdapat persamaan dari segi protein yang terdapat dalam kedua-duanya.
Wanita kongsi pengalaman jatuh sakit selepas makan ‘ Donut Peach Viral ‘
Berdasarkan video kiriman pengguna TikTok, Dekna (@sherynaaa02) berkongsi pengalamannya jatuh sakit selepas memakan buah tersebut.
Jelasnya, dia hanya makan buah-buahan sekali sahaja. Tidak sampai 15 minit, Dekna didapati muntah-muntah dan badannya menjadi sangat gatal.
“Terus kena pergi bahagian kecemasan. Lepas dapat satu suntikan, baru rasa jadi manusia semula,” jelasnya menerusi kapsyen video.
Tambahnya, jika dirinya tidak diberikan suntikan terbabit, rasa gatal pada badan tidak surut-surut dan mencetuskan ketidakselesaan terhadap dirinya.
“Ini pengalaman aku makan buah viral. Berbaki lagi tiga biji, aku nak suruh laki aku sahajalah makan, luahnya.
@sherynaaa02 Tak semua orang boleh makan , orang itu adalah aku 😭 sekali makan , dalam 15 minit , sebu muntah2 , naik biji2 gatal2 😥 terus kena gi emergency , kena inject baru jadi manusia balik 😢 kalau tak inject macam beruk weh dok garu2 😓 ini pengalaman aku makan buah viral , berbaki lagi 3 biji aku nak suruh laki aku ja la makan 😑 sekian luahan dari aku , byeee #donutpeachviral #elergikalahan #emergencycases
BACA: Penantian Lebih 30 Tahun Terbalas, Bell Ngasri Bolot Dua Anugerah Berprestij
Sumber: TikTok @sherynaaa02