Siakap Keli
Bot karam baram
Gambar: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia via Astro Awani

Bot Karam: Tiga Nelayan Ditemui Selamat, Terapung Dalam Tong Simpanan Ikan

Bot Karam: Tiga Nelayan Ditemui Selamat, Terapung Dalam Tong Simpanan Ikan

MIRI — Tiga nelayan yang terlibat dalam kejadian bot karam SFS3-4334 dilaporkan selamat selepas ditemui terapung dalam tong simpanan ikan, lapor Astro Awani.

Difahamkan, bot yang dinaiki mereka karam sejak Rabu lalu.

Pada jam 10.30 pagi, kesemua mereka ditemui oleh pekerja pelantar pada jarak 32.5 batu nautika barat laut Kuala Baram. Sewaktu ditemui, mereka sedang berpaut pada boya pelantar.

Menurut Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Shafie Paing, identiti mangsa terselamat dikenal pasti sebagai Zaidi Nawi, Anuar Amin dan Junaidi Nyaman.

Ketiga-tiga mereka berumur lingkungan 43 hingga 70 tahun.

BACA JUGA: 43 Orang Termasuk Bayi Maut Dalam Kejadian Bot Karam 

“Daripada keseluruhan enam mangsa tragedi bot hilang, dua mangsa (SFS3-4271) dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan, tiga mangsa (SFS3-4334) selamat ditemui manakala seorang lagi mangsa yang masih hilang adalah Masni Jana.

“Sektor pencarian operasi mencari dan menyelamat mangsa terakhir itu, daripada bot nelayan SFS3-4271, diperluaskan kepada 1,020.64 batu nautika persegi,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Dua Bot Karam

Sebelum ini, dua bot nelayan tempatan dilaporkan karam di perairan Baram Miri pada 19 Julai lalu.

Dua bot dengan nombor pendaftaran SFS3-4334 dan SFS3-4271 tersebut membawa enam mangsa. Lima daripada jumlah tersebut dilaporkan berjaya diselamatkan.

Difahamkan, misi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari kelima.

Pelbagai agensi terlibat dalam pencarian tersebut termasuk, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri bersama Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sarawak Coast Guard (SCG) serta komuniti maritim nelayan Piasau.

BACA JUGA: Ratusan Terkorban, Ini 7 Tragedi Kapal Selam Terburuk Pernah Berlaku

Terdahulu, empat mayat dipercayai antara lapan kru kapal MV Tung Sung ditemukan semalam.

Memetik laporan Bernama, kapal tersebut terbalik di Perairan Pulau Burung di Sebuyau sejak Rabu lalu.

Kesemua mayat telah ditemui setelah pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak menerima laporan daripada nelayan.

Mereka dipercayai mengesan tiga mayat terapung pada jarak kira-kira 15 batu nautika timur laut dari Pulau Burung.

Sumber: Astro Awani 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.