Siakap Keli
Johor Umum Cuti Peristiwa Esok Susulan Kejayaan JDT Rangkul Piala FA
Kredit: Bernama

Johor Umum Cuti Peristiwa Esok Susulan Kejayaan JDT Rangkul Piala FA

Johor Umum Cuti Peristiwa Esok Susulan Kejayaan JDT Rangkul Piala FA

JOHOR BAHRU, 22 Julai (Bernama) — Johor mengumumkan esok sebagai cuti peristiwa untuk negeri itu susulan kejayaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala FA 2023 selepas mengalahkan Kuala Lumpur City FC 2-0 malam ini.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pengumuman kerajaan negeri adalah sebagai menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar susulan kejayaan JDT mempertahan kejuaraan tahun lepas dengan penuh gaya.

Beliau berkata kemenangan skuad Harimau Selatan malam ini merupakan yang kedua untuk 2023 selepas menjuarai Piala Sumbangsih awal tahun ini dan Piala FA ketiga buat JDT.

“Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor atas segala perancangan serta usaha berterusan dalam membangunkan JDT menjadi sebuah kelab bola sepak yang disegani di Malaysia dan di rantau Asia.

“Buat semua peminat JDT, teruslah memberikan sokongan penuh dan menjadi pemain ke-12 untuk setiap perlawanan yang akan datang,” menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi hari ini.

Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menewaskan Kuala Lumpur  City FC (KL City) 2-0 pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

BACA: Penantian Lebih 30 Tahun Terbalas, Bell Ngasri Bolot Dua Anugerah Berprestij

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.