Ayda Jebat Umum Sudah Lima Bulan Hamil Anak Kedua
Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat mengumumkan berita gembira bahawa dia kini sedang hamil anak kedua, lapor Astro Awani.
Pengumuman itu dibuat Ayda sebentar tadi ketika menghadiri sidang media drama-drama terbaru Astro yang telah diadakan di ibu kota.
Menurut Ayda, usia kandungannya kini telah berusia lima bulan dan dijangka bersalin pada tahun ini juga.
“Kami dah cuba berpeluh-peluh untuk cuba dapatkan anak kedua. Alhamdulillah sudah lima bulan.
“Saya dijangkakan bersalin tahun ini,” katanya kepada Astro.
Penyanyi lagu popular “Pencuri Hati” itu telah mendirikan rumah tangga bersama seorang pengacara dan pelakon bernama Nabil pada 1 Januari 2021 lalu.
Kedua pasangan itu telah dikurniakan cahaya mata pertama yang bernama Ana Nayla pada 21 September tahun yang sama.
Tampil Fesyen Pelik, Aina Abdul Terima Teguran Dengan Hati Terbuka
Penyanyi Aina Abdul menyatakan dirinya telah berlapang dada dengan menerima teguran berkaitan busana yang digayakan ketika menghadiri malam anugerah ternama yang berlangsung baru-baru ini.
Difahamkan, Aina Abdul menggayakan busana merah yang diinspirasikan daripada sehelai blazer gergasi merah sehingga terpaksa hadir dengan menaiki lori susulan pakaiannya besar.
Walaupun keterampilannya memberi kesan ‘wow’ namun fesyen tersebut dipercayai menimbulkan rasa tidak senang dalam sesetengah kalangan orang ramai.
Dalam satu Instastory (IGs), penyanyi lagu Terus Hidup itu mengatakan setiap komen yang diberi telah ditelusuri dengan baik.
Jelasnya, dia juga telah merenungkan perkara itu dengan mendalam selepas membaca komen yang ditinggalkan oleh warga maya.
“Saya baca, telitikan semua. Saya renungkan setiap teguran yang masuk. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat, menegur untuk kebaikan, meninggalkan komen yang bagus dan menggalakkan.
“Aina sangat hargai. Alhamdulillah, Aina cuba lebih baik selepas ini okay,” katanya.
BACA: Tular Rakaman Ular Sawa Gergasi Ditemui Dalam Tasik Ayer Keroh
Kebiasaannya penyanyi berusia 30 tahun itu hanya berkongsi berkaitan kerja namun pada kali ini dia terpanggil untuk menjawab perkara yang menjadi bualan ramai pada ketika ini.
“Selalunya, Aina jarang sekali luah isi hati. Selalu tentang kerja sahaja (di media sosial).
“Tetapi hari ini Aina terpanggil nak tulis sesuatu. Ya, saya nampak semua (komen). Saya baca semua.” tulis Aina lagi.
Sesetengah orang ramai mengatakan fesyen memaparkan gaya ganjil adalah dilarang dalam Islam.
Mereka meninggalkan komen pada gambar Aina Abdul sambil menyelitkan hadis yang diambil dari sumber sahih.
Sumber: Astro Awani