“Band” Muse Selamat Tiba Ke Malaysia, Bercuti Di Langkawi Dulu Sebelum Buat Konsert
Anggota kumpulan rock terkenal antarabangsa, Muse dilaporkan telah selamat sampai ke Malaysia.
Menerusi perkongsian yang berlegar di media sosial, kesemua mereka dilihat sedang bercuti bersama keluarga masing-masing di Pulau Langkawi.
Perkara itu dikongsikan oleh peminat yang teruja setelah melihat kelibat anggota kumpulan tersebut bersama keluarganya yang sedang bercuti.
Kesempatan itu diambil oleh mereka sebelum konsert jelajah “Will of The People” yang bakal berlangsung pada 29 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Gambar ketibaan Muse di Pulau Langkawi itu telah dikongsikan secara meluas oleh beberapa individu di Twitter.
“MUSE mai healing dekat Langkawi. Aku ingat member aku melawak ja tadi, kalau dak singgah dah jumpa depa dulu,” tulis perkongsian seorang individu di Twitter berserta beberapa keping gambar.
Dalam gambar tersebut dapat dilihat, anggota kumpulan itu seperti sedang mendaftar masuk untuk penginapan mereka sepanjang di Langkawi.
MUSE mai healing kt Langkawi. Aku ingat member aku melawak ja tadi, kalau dak singgah dah jumpa depa dulu 😭😭😭😭😭😭 pic.twitter.com/FigZvOYjHK
— sudo apt-get art (@SayaAzhar) July 24, 2023
“Muse in Langkawi,” tulis muat naik ciapan seorang individu lagi yang teruja dengan lawatan Muse tersebut di Langkawi.
Muse in Langkawi 😱😱 pic.twitter.com/qa0BdDXunb
— Qimdodol (@qimdodol) July 24, 2023
Terdahulu, konsert Muse yang dijadual berlangsung pada 29 Julai ini dilaporkan telah ditukar ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Pengumuman terbaru itu telah dibuat oleh penganjur konsert Hello Universe menerusi muat naik hantaran mereka di platform media sosialnya.
Sebelum ini, konsert jelajah “Will of The People” dijadualkan akan berlangsung di Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur.
Menurut penganjur, pertukaran lokasi konsert itu dibuat selepas mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat kumpulan tersebut.
“Disebabkan sambutan yang menggalakkan, kami akan menukar lokasi konsert ke tempat yang lebih besar dan lebih baik!” tulis ciapan Hello Universe di Twitter.
Malaysia telah menjadi satu-satunya destinasi pilihan konserte jelajah kumpulan itu di rantau Asia.
BACA: Tular Rakaman Ular Sawa Gergasi Ditemui Dalam Tasik Ayer Keroh
Tiket konsert berkenaan akan mula dijual pada esok bermula jam 11 pagi sehingga ia habis terjual.
Menurut ciapan itu lagi, bagi pemegang tiket sedia ada, mereka akan mendapat emel yang mengandungi tiket yang telah dikemas kini.
“Tiket untuk Zon A, Zon B & Zon C akan kekal sama. Susunan tempat duduk untuk zon lain akan diselaraskan untuk menempatkan tempat duduk baharu,” tulis ciapan itu.
Selain itu, tiket yang dikemas kini juga akan dihantar kepada pembeli serta tempat duduk yang setanding akan diberikan kepada mereka di lokasi baharu nanti.
Sumber: Twitter