Siakap Keli
czn burak saman bapa
Gambar: Instagram @cznburak

Dakwa Wang Diseleweng, CZN Burak Saman Bapa Sendiri RM45 Juta

Dakwa Wang Diseleweng, CZN Burak Saman Bapa Sendiri RM45 Juta

ANKARA — Chef terkenal Turki, CZN Burak atau nama sebenarnya Burak Ozdemir telah bertindak menyaman bapanya, Hasan Ozdemir atas pertuduhan melakukan penipuan sehingga mencecah jutaan dolar.

Memetik Arab News, CZN Burak telah menuntut ganti rugi bernilai AS$10 juta (RM45 juta). Ia berikutan bapanya didakwa menggunakan media dan syarikat hiburan CZN, Hatay Medya untuk menggelapkan dana.

Bukan sahaja itu, bapanya berdepan dengan pertuduhan mendapatkan pinjaman atas nama chef itu dan tanpa pengetahuannya.

Jelas CZN, bapanya menggunakan wang yang diseleweng itu untuk membeli kereta dan hartanah mewah.

Konflik CZN Burak Saman Bapa

czn burak saman bapa
Gambar: Instagram @cznburak

Konflik antara mereka berdua semakin tegang apabila dia mendakwa bapanya telah menjual hak sebuah restoran miliknya dengan harga AS$41 juta (RM187 juta).

Walau bagaimanapun, Hasan menafikan pertuduhan tersebut sebaliknya melaburkan wang itu dalam perniagaan anaknya tanpa sebarang niat penipuan.

Dia juga menegaskan bahawa bantuan kewangan yang diberikan oleh anaknya itu bertujuan untuk mempromosikan jenamanya.

“Burak berkata bahawa saya telah menipunya. Ia tak masuk akal.

“Tiada siapa kenal Burak dua tahun lalu. Saya yang menguruskannya di media sosial dengan mengambil alih tajaannya,” katanya kepada saluran berita Turki Kanal D.

Dalam pada itu, status perusahaan restoran chef itu masih belum dipastikan berikutan masih menunggu keputusan mahkamah.

Kehidupan Baharu

Kata CZN, dia berhasrat untuk membina semula hidupnya dari awal menggunakan baki simpanan.

Dia juga memasang niat untuk tinggal bersama ibunya.

Ketika ini, kedua-dua pihak masih menunggu respon mahkamah di Istanbul bagi perbicaraan pertama yang dijadualkan pada September kelak.

BACA JUGA: Wajah Nampak Susut & ‘Lain’, Tular Foto Chef Popular, Burak Ozdemir Pakai Baju Pesakit Di Hospital

Untuk pengetahuan, Hatay Medya merupakan syarikat yang ditubuhkan untuk menghasilkan kandungan digital untuk platform media sosial CZN.

Hatay Medya ini memainkan peranan menunjukkan kepakarannya dalam menyediakan makanan Arab dan Anatolia.

czn burak saman bapa
Gambar: Instagram @cznburak

Pada mulanya, Hatay Medya dikenali sebagai Smiley Bae. Namun, selepas namanya semakin melonjak naik selepas menceburi perniagaan restoran sehingga memiliki rangkaian pertubuhan.

Pada 2011, restoran pertama CZN dibuka di kejiranan Aksaray di Istanbul meskipun mempunyai 15 meja.

Difahamkan, restoran tersebut dibuka dengan hasil bantuan bapanya sehingga peniagaan semakin berkembang.

Pada 2013, mereka membuka cawangan keduanya di Taksim sebelum CZN mula mendapat perhatian pada 2021 dengan video masakannya.

Chef  itu telah mendapat pengiktirafan meluas melalui video tularnya yang mempamerkan kemahiran masakannya. Lantaran itu, dia berjaya memikat hati 49 juta pengikut di Instagram.

Terdahulu, chef itu terlibat dalam misi amal bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi dahsyat yang terjejas di Hatay pada Februari lalu.

Sumber: Arab News

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.