Siakap Keli
The 1975 pdrm laporan polis
Kredit BERNAMA

Kumpulan The 1975 Pulang Sebelum Laporan Polis Diterima – Ayob Khan

“Kesalahan ini adalah kesalahan yang dilakukan di negara ini maka kita tidak boleh memohon notis merah daripada Polis Antarabangsa (Interpol) kecuali ia melibatkan kesalahan besar,” katanya apabila ditanya sama ada PDRM akan meminta bantuan daripada Interpol.

Ayob Khan berkata setakat ini polis telah selesai mengambil 13 keterangan bagi membantu siasatan iaitu enam keterangan diambil daripada pengadu, seorang penganjur dan enam daripada Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara.

Katanya polis menerima 18 laporan dan lapan daripadanya dibuat di Selangor.

Jumaat lepas, persembahan kumpulan The 1975 dihentikan susulan tindakan biadab vokalisnya Matty Healy yang menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia dan memperlekehkan undang-undang negara pada Festival Good Vibes yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.