TikTok Sedang Uji TikTok Music, Aplikasi Pengstriman Khas Dengar Lagu
Selepas muncul sebagai aplikasi pengstriman video dan siaran langsung terkemuka, TikTok kini dilapor mahu meneroka pasaran perkhidmatan baru pula.
Menurut laporan CNBC, TikTok ketika ini sedang menguji aplikasi baharu, dikenali sebagai TikTok Music yang memberi fokus kepada pengstriman muzik.
Selain mendengar lagu, pelanggan TikTok Music juga boleh menyimpan, memuat turun atau berkongsi trek atau lagu viral di aplikasi TikTok dengan mudah.
Difahamkan, aplikasi berkenaan kini dalam fasa ujian dan boleh diakses dalam kalangan pengguna di lima buah negara. Negara-negara tersebut adalah Indonesia, Singapura, Brazil, Mexico dan Australia.
TikTok uji aplikasi dengar lagu, TikTok Music
Sebelum ini, TikTok dilaporkan sudah pun mengikat perjanjian dengan beberapa label terkemuka dalam dunia hiburan, antaranya Warner Music Group.
ByteDance, syarikat induk TikTok dalam pada itu turut melupuskan Resso, platform pengstriman muzik yang dimilikinya, dipercayai bagi memberikan fokus kepada pembangunan TikTok Music.
Walaupun masih diperingkat awal, pemerhati berpendapat TikTok mempunyai potensi dan kelebihan besar yang tidak dimiliki oleh pesaingnya sebelum ini.
Berbeza dengan pesaingnya, TikTok sudah pun memiliki bilangan pengguna yang sangat besar di seluruh dunia. Pelanggan-pelanggan ini mungkin bersedia untuk melanggan pelan perkhidmatan berbayar, Youtube Music. Secara ringkasnya, TikTok tidak perlu berbelanja besar untuk mencari pelanggan kepada perkhidmatan tersebut.
Pemerhati juga berpendapat, TikTok Music kelak akan menjadi pesaing kepada beberapa platform pengstriman lagu sedia ada seperti Sportify, Apple Music dan Youtube Music.
Menurut DataReportal, Amerika Syarikat, Indonesia dan Brazil merupakan tiga negara yang memiliki pengguna TikTok terbesar di dunia.
TikTok memiliki kira-kira 113 juta pengguna di Indonesia manakala aplikasi itu memiliki kira-kira 84.1 juta pengguna di Brazil. Manakala Mexico adalah negara keempat dengan pengguna TikTok teramai iaitu kira-kira 62.4 juta pengguna.
Selain itu, TikTok juga menjadi sumber pencarian lagu muzik kedua terbesar dalam kalangan pengguna berusia 16 hingga 19 tahun, di belakang Youtube.
Menurut kajian yang dibuat MiDIA, kira-kira 48 peratus pengguna mencari lagu di Youtube manakala 41 peratus memilik TikTok sebagai sumber mencari lagu.
Ketika ini, pasaran platform pengstriman lagu dikuasai dua syarikat gergasi, Sportify yang berasal dari Sweden dan Apple Music dari Amerika Syarikat.
Sportifu menguasai kira-kira 31 peratus pasaran pengstriman lagu global dan diikuti Apple Music sebanyak 13.7 peratus.
Untuk fasa pengujian, langganan TikTok Music ditawarkan pada harga Rp 49,000 (RM 14.90) di Indonesia. Secara perbandingan, pakej individu premium Sportify untuk pasaran Indonesia adalah Rp 54,990 (RM 16.73).
BACA: Internet Starlink Kini Ditawarkan Di Malaysia, Pakej 100mbps Berhara RM 220 Sebulan
Sumber: CNBC