Siakap Keli
kanak-kanak oku skuad england
Gambar: The England Amputee Football Association

Semangat Main Bola Tak Pernah Luntur, Kanak-Kanak OKU Gembira Dipilih Sertai Skuad Junior England 

Semangat Main Bola Tak Pernah Luntur, Kanak-Kanak OKU Gembira Dipilih Sertai Skuad Junior England 

ENGLAND — Seorang kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun di Bradford telah disenaraikan dalam skuad kebangsaan England (bagi golongan OKU).

Menurut laporan BBC News, Freddy, kanak-kanak tanpa kaki kirinya berkata dia sangat berbangga dengan berita tersebut.

Difahamkan, dia tersenarai dalam pasukan kebangsaan selepas bermain dalam beberapa perlawanan sejak 18 bulan lalu.

Dia juga memberitahu sangat berbangga kerana menjadi role model kepada kanak-kanak kurang upaya yang lain.

“Macam tak percaya, saya dalam pasukan England!” katanya.

Pada awalnya, dia hanya bermain dengan pasukan kurang upaya Leeds United Pan sebelum mendapat panggilan untuk bermain di kem latihan England.

Ibunya, Amanda Mahoney, 45, berkata anaknya itu aktif  bersukan. Walau bagaimanapun, sukan bola sepak sama sekali tidak terlintas di fikirannya. Apatah lagi anaknya ‘hilang’  sebelah kaki.

“Bagi sukan bola sepak, kaki adalah satu aset yang penting. Jadi, kami terkejut apabila dia ingin bermain bola.

“Selepas bermain dengan Leeds, Freddy telah dipanggil untuk menyertai pasukan junior England Amputee Football Association,” katanya.

Gambar: The England Amputee Football Association

Terpaksa dipotong

Tambah Amanda, anaknya itu disahkan mengalami pembekuan darah pada kaki kirinya sewaktu dilahirkan ketika usia kandungannya berusia 24 minggu. Susulan itu, kakinya terpaksa dipotong.

Walau bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana anaknya tidak mempunyai masalah kesihatan lain  kecuali kakinya.

Dalam pada itu, Freddy berkata sudah menjadi kebiasaan untuknya bermain bola sepak.

BACA JUGA: Masih Bermain Bola Sehingga 1:30 Pagi, ‘Minah Saleh’ Terkejut Tengok Cara Hidup Orang Malaysia

“Bagi saya peraturan bola sepak Orang Kurang Upaya adalah sama seperti bola sepak biasa, iaitu tidak boleh menggunakan tangan.

“Semua rakan saya mengikuti dan mahu mencuba seperti saya. Saya bermain di posisi sayap kanan atau penyerang bagi menjaringkan gol.

“Saya tidak boleh menyentuh bola dengan tongkat, saya hanya boleh menggerakkannya ketika mengambil sepakan percuma atau penalti,” ujarnya lagi.

Tambah Amanda, sejak dari itu, Freddy semakin berkeyakinan setelah dipilih untuk negaranya.

“Dia seorang yang luar biasa. Dia memberikan semangat kepada kanak-kanak OKU lain bahawa mereka juga boleh mencapai apa sahaja,” katanya.

Sumber:BBC News

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.