“Hasil Pun Organik..,” Jimat, Ini Cara Nak Buat Baja Kompos Organik Guna Batang Pisang
Seperti yang diketahui, baja merupakan satu campuran bahan yang bertindak sebagai ‘perangsang’ kepada tumbesaran dan kualiti tanaman yang ditanam.
Rata-rata orang khususnya golongan petani menggunakan cara ini bagi memastikan tanaman mereka dapat mengeluarkan hasil pada kadar yang maksimum.
Walau bagaimanapun, sesetengah baja yang digunakan memerlukan kos yang tinggi.
Pastinya anda seboleh-bolehnya ingin mengurangkan jumlah kos pengeluaran dan dalam masa yang sama mendapat hasil yang lumayan.
Jawapannya adalah menggunakan baja kompos organik dengan menggunakan batang pisang. Jimat kan?
Sebenarnya, masih ramai yang tidak mengetahui cara pembuatan baja ini yang menjimatkan kos anda lebih-lebih lagi para petani di pedalaman.
Sehubungan itu, mari kita ikuti perkongsian Abd Aziz Abdul Rahman di bawah. Semoga bermanfaat.
Pakai Batang Pisang Je, Ini Tips Buat Baja Kompos

Cara saya buat baja kompos organik untuk tanaman saya seperti pokok pisang dan lain-lain.
Kalau ada batang pisang lama, ambil dan potong-potongkan. Letak sebagai lapisan pertama.

Ambil daun-daun (selalunya banyak ditepi-tepi jalan ada tukang kutip yang dah siap masukkan dalam beg plastik sampah), tutupkan lapisan batang pisang terpotong tersebut sebagai lapisan kedua.


BACA JUGA: Ini Tips Pilih Baja Untuk Tanaman Agar Lebih Sihat & Subur
Lepas tu letakkan rumput potong (di komuniti saya , pekerja potong rumput akan potong rumput dalam sebulan sekali dan dah siap masuk dalam beg plastik sampah, gi kutip je). Pastu letak sebagai lapisan ketiga.
Secara logiknya, batang pisang dan daun-daun yang tertutup bawah rumput-rumput tu takkan kering tapi sentiasa lembab (rajin-rajinlah siram selalu). Jadi proses kompos berlaku. Rumput potong tu pula cepat larut dalam sebulan je dah habis atau hilang, jadi sebulan sekali top up lah lagi.


Harap dapat membantu dan memberi idea kepada yang bertanya. Banyak pakai logik je. Baja pon free. Baja organik, hasil pon organik. Kembali ke alam asal. Cool.

Sumber: Abd Aziz Abdul Rahman via Facebook Kumpulan Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri